Thursday, 6 March 2014

Udang Galah Landbase

Pengalaman memancing udang galah secara landbase telah membuka lembaran baru kepada penulis mengenai thrill-nya baru-baru ini..





Pernah mancen udang galah? Kali ni ézy nak kongsi pengalaman mancen spesies Macrobrachium rosenbergii ni yang boleh dikatakan penuh sentimental memandangkan spesies ni tidaklah kuat memecut kalau da terkena pancing. Saat yang penting bilamana nak menaikkan si sepit biru ni dan cara kita ‘melayan’ supaya udang tak lucut.

Hari Pertama- 4 ekor

            Hari pertama aku dapat naikkan 4 ekor udang. Best. Itu je yang boleh aku ungkap bile udang pertama naik lepas hampir 5 jam merentungkan diri kat tebing. Malangnye kamera tak bawa pulak untuk bukti bergambar. ~.~

Hari Kedua- 8 ekor

            Hari kedua aku tukar strategi, pergi lepas solat Asar (tunai yang wajib dulu). Balingan pertama terus ade respon, ingatkan udang galah, sekali bukan da…

Pengacau umpan yang bikin hati panas, haha



            Balingan umpan kedua dibuat, rontaan ganas dirasai. Dalam fikiran mesti ‘dia’ punya kerja lagi kacau umpan. Tapi ternyata pernyataan tu meleset..

Udang galah pertama petang tu


Udang kedua
       
Kacak tak saye?
    Set rod Venom Viper yang sejak semalam tidak diusik akhirnya berjaya memberi jasa.


            Bila udang da start frenzy, aku pon tros lupe nak snap gamba. 











Bukan nak bangga, tapi ni lah hasil untuk petang tu, haha. Maghrib masuk, aku pon balik…

Mangsa yang tewas. 8 ekor semuanya



Hari Ketiga- 16 ekor?

            Hari first 4 ekor, kedua 8 ekor. Hari ketiga mesti double dari hari kedua kan? Tapi itulah memancing, hasil tak menentu. Hari terakhir hanya sekor udang dinaikkan bersaiz ibu jari.









Nilai Sentimental

            Mungkin ramai yang tak tahu betapa bestnya memancing udang secara landbase. Bagi yang nak mencari ketenagan, mancen spesies yang lemah gemalai ni mungkin jawapannya. Bagi yang dah merasai betapa best & tenangnya mancen udang galah yang tahu apa yang dimaksudkan


Lepak sorang-sorang sambil menyaksikan keindahan ciptaan-Nya


Tenang…




Wednesday, 8 May 2013

Mancen kat Tioman



Peluang bertugas di Pulau Tioman memang satu rahmat bagi ezy memandangkan tak pernah menjejakkan kaki kat sini. Tugasan membantu melancarkan urusan Bantuan Perumahan Nelayan di Tioman ni pun sempat ezy menyelit mancen, hehe…

            Majoriti penduduk pulau ni adalah nelayan. Faktor geografinya yang merupakan lautan menjadi penyumbang kepada pekerjaan penduduk disini. Selain tu, ade jugak yang mengambil peluang menjadi pemandu bot pelancong bagi pelancong yang nak bersiar-siar naik bot keliling pulau.

Antara hasil penduduk tempatan



Eging
            Malam pertama selepai selesai tugas, ezy meninjau kawasan jeti. ezy meminjam set pancing seorang penduduk pulau untuk menduga nasib. Menurutnya, sotong mengabang boleh dipancing disepanjang jeti. ezy yang tak pernah memancing sotong ni pun, meninjau sekeliling jeti untuk mencari sotong. Sotong rupanya mudah dikesan dibawah pancaran lampu. Lagi satu, bila nampak banyak pancutan dakwat sotong kat satu-satu kawasan pun boleh cuba baling candat kat situ. Balingan candat menggunakan set yang maha berat bercampur dengan bail arm dan tali yang asyik kusut memang mencabar. Sotong yang boleh dilihat dengan jelas dibawah permukaan air ni nampak macam mudah ditipu. Tetapi sebenarnya korang silap kalau pikir camtu. Sotong ni akan mengejar candat yang dikarau dengan penuh minat, tetapi takkan menyambar candat yang disuakan. Mungkin dah tertulis rezeki ezy pada malam tu apabila seekor sotong nekad menyambar candat berwarna oren. Beginners luck sekali lagi? Owh, mungkin barangkali.

Sotong yang berjaya ditipu dengan candat

Hasil seorang brader yang bottom menggunakan anak ikan



Datang Lagi

            Minggu berikutnya, ezy ‘terpaksa’ datang semula kerana urusan yang tertangguh akibat masalah teknikal. Tioman lagi bermakna peluang memancing sekali lagi…

0whsem!

Percubaan untuk eging menggunakan batang pancing sendiri gagal apabila sotong menghilang pada malam itu. Selesai tugasan, Ince’ Boss bercadang untuk memancing menggunakan bot penduduk tempatan. Disebabkan Pulau Tioman diwartakan sebagai Taman Laut, tekong membawa kami keluar dari kawasan Taman Laut sebab kawasan ni tak boleh tangkap ikan yer....

            Cubaan untuk light jigging gagal apabila arus terlalu kuat dan jig pulak terlalu ringan. Laut yang semakin kucah menyebabkan kepala makin pusing dan dah tak daya nak sambung mancen. Tapi sebab nak elak menjadi ‘bahan’ ezy buat-buat steady sambil kepala melekat kat tiang belakang bot. Che Wan pulak awal-awal lagi dah tumbang dan ‘menambak laut’ walaupun dah ready dengan pil tahan mabuk. Hasil yang diperolehi merupakan kerapu, kerisi dan anjang-anjang. Takde aksi atas bot yang dapat dirakamkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. *ceh, padahal mabuk free… alasan betul.

Hasil tangkapan yang boleh dikira merbelos dengan
hanya lebih kurang  3  jam memancing

      Hasil tangkapan dihantar ke restoran untuk makan malam yang memang yum-yum…

yummie..

       

Fakta Bits
           
            Kementerian Pertanian dan Asas Tani melalui Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) telah melancarkan Program Bantuan Perumahan Nelayan pada April 2012. Keutamaan diberi kepada nelayan yang tidak mempunyai prasarana yang lengkap. Senarai pemohon akan ditapis oleh LKIM sebelum disahkan oleh Kementerian. Ada 145 orang penerima untuk kawasan Rompin termasuk di Pulau Tioman. Syukur, mudah-mudahan dengan bantuan camni akan meringankan beban para nelayan.

Proses penyerahan barang bantuan

Semakan dan serahan wang bantuan


é   é   é  é   é   é   é   é   é    é   é   é  é   é   é   é   é   é   é   é   é  é   é   é   é   é   é   é   é   é  é   é   é  


PULAU TIOMAN

Selamat datang ke Tioman

            Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam kawasan Rompin, pentadbiran negeri Pahang. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam.

            Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman. Menurut bacaan dan cakap-cakap orang tempatan, dulu pengunjung ditegah dari membawa cuka dikhuatiri akan menyebabkan permukaan pulau bergegar.

Gunung Nenek Semukut yang sekali imbas cam bentuk tanduk


            Kampung-kampung di Pulau Tioman:

Kampung Mukut


Papan Tanda Air terjun Kampung Asah

Air Terjun yang memang besh untuk mandi


Kampung Tekek

Burung Tiong yang menjadi landmark Pulau Tioman di Kampung Tekek

Taman Laut

Juara
Air Batang
Kampung Salang
Kampung Genting

CAMNE NAK TIOMAN?

            Cara yang paling popular ke Tioman ialah melalui pengangkutan feri. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. Selain tu, pelancong dari Pantai Timur boleh menaiki feri melalui jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang iaitu 36 batu nautika dari Tioman. Cara lain ialah melalui kapal terbang dan boleh landing kat airport Tekek.

Jeti Mersing

Airport Kampung Tekek
*kredit Mirul jadi model

            Pulau Tioman ni memang best-lah untuk dijadikan sebagai salah satu tempat untuk melancong. Last word, hayatilah nikmat alam semulajadi yang indah kurniaan Tuhan ni baik-baik. Iyalah, bila tempat yang banyak pelancong asing nih, anasir tak elok tu memang banyak. Syukurilah pulau nih dengan benda-beda berfaedah dan moga-moga kita akan terpelihara dari “benda-benda kotor” nih..


é   é   é  é   é   é   é   é   é    é   é   é  é   é   é   é   é   é   é   é   é  é   é   é   é   é   é   é   é   é  é   é   é  

start dari post nih ézy akan menyelitkan sekali versi bahse Inggeris untuk mengukuhkan balik tahap BI yang makin membimbangkan nih.. tapi tu pun ikut kerajinanlah, hehee... ««ézy»»

TIOMAN ISLAND
            Tioman Island is a small island off the east coast of Peninsular Malaysia in the state of Pahang and Johor. Tioman Island is some 39 km long and 12 km wide. It is located in Rompin, Pahang. Tioman Island is a very popular island especially for divers. This island looks like a drumstick if seen from the air.
            According to the old folks, Tioman derived from a pair of dragons. Many centuries ago, it is said that a couple of dragons leave Chini Lake to the sea through Pahang River. On their journey, one of the dragon inadvertently leave its Cindai Cloth (scarf) and then it turns back. Unfortunately, at that time chicken have been crowing. Because the violation of taboo, the female dragon change to island while the male dragon turns to be Nenek Semukut Mount. Local said that the old days, visitors were prohibited to bring vinegar because it is feared that it will cause the island shaking.
Villages in Pulau Tioman:
Tekek Village




Mukut Village



Genting Village
Juara Village
Air Batang Village
Salang Village

HOW CAN I GO TO TIOMAN?

            Through ferries. It is the popular way to Tioman Island. Mersing is the most popular jetty among tourist. Moreover tourist from East Coast Peninsula can take their journey from Tanjung Gemok Jetty. Other than that, tourist can use airplane and landing at Tekek airport.



            Lastly, enjoy the beauty of Tioman Island and it is hope that the visitor from all over the world will respect the eastern culture. So, behave.. =D

Bye...

Monday, 15 April 2013

LI @ Layan Ikan


Salam Strike!

Ni ezy nak kongsi cerita kisah mancen sepanjang ezy menjalani Latihan Industri (LI) di Rompin. Sense nak bawak batang pancing ke tempat LI memang tepat bilamana kat sini memang penuh dengan port mancen.  Sepanjang LI nih, ezy menjadi ‘parasit’ di rumah sahabat di Endau selama 3 bulan. Terima kasih banyak buat beliau sekeluarga. Kalau diikutkan, kawasan Endau-Rompin memang sinonim bagi kaki pancing negara kita terutama bagi kaki trekking di Taman Negara Endau-Rompin.


Minggu 1
            Hari minggu pertama kat tempat baru, ezy dibawa ke port mancen berhampiran yang ezy gelar Paya Agas. Lepas setel makan tengahari, kitorang gerak ke port yang dimaksudkan. Matahari mencacak atas kepala pun takpe, gian punya pasal. Casting punya casting sampailah dengar azan Asar. Bercampur dengan penat, ezy berhenti seketika bagi menghormati azan. Lontaran pertama lepas tu jer, naik haruan sekor. Haruan ni menyambar hanya beberapa kaki dari tempat ezy berdiri.

Haruan yang menyambar frogie SureCatch

Nasib baik mata tak lurus
Punya asyik casting sampai tak sedar kaki digigit agas. Aik, kat paya pun ada agas ker? Rupa-rupanya, paya ni dekat dengan pantai. Sebelum balik, seekor lagi curut yang menyambar frogie putih.
Hasil kedua yang menyambar frogie putih


Kedua-dua ekor haruan tu disedekahkan kepada Mamat untuk ayahnya yang sakit memandangkan haritu hanya ezy yang mendapat hasil. Beginners luck? Hehe… mungkin jugak


Minggu 2
            Minggu kedua, ezy ditugaskan di sangkar kat Empangan Sepayang. Menurut pembacaan, tasik buatan nih ade toman. Sampai je kat sangkar, ezy terus cast Thumb Frog kat atas tompokan lumut. Sambil mencari tompokan anak toman, tiba-tiba muncul anak toman depan mata. Sambaran dari mama toman berjaya memutuskan tali utama yang halus. Hm, putus Thumb Frog aku. Usaha lepas tu hanya menjurus kepada sesi pembakaran kulit muka je bila takde ikan yang minat nak sambar gewang yang disuakan. Boring punya pasal, ezy amek keputusan untuk mencuba cheap thrill.. casting dalam sangkar! Haha, hasilnya naik sekor tilapia yang terpedaya dengan popper. Mungkin ia tertarik dengan bulu warna merah tu kot. Angan-angan tinggi nak casting patin terpaksa ezy lupakan untuk elak dihempok oleh pemilik sangkar nih.. Hehhee

Tilapia yang terjerat menjadi mangsa popper


Minggu 3
            Minggu nih ezy ke kebun. Bila tau yang sepanjang perjalanan ke kebun nih penuh lopak, ezy awal-awal lagi bersiap dengan batang pancing. Kali nih ezy ditemani oleh Emi yang juga minat mancen. Pencarian lopak berpenghuni diselamatkan oleh hentian terakhir sebelum balik. Deretan sambaran yang lucut menyebabkan ezy menukar kepada penggunaan katak berkipas terkecil yang ezy ada. Hasilnya naiklah seekor curut nih. Beberapa balingan seterusnya, seekor lagi terjerat.

Emi menjadi model dengan haruan curut

Tak tahan melihat ikan yang menyambar, Emi meminta untuk mencuba nasib jugak. Tambah teruja bila dia dapat test pengalaman mengarau menggunakan set baitcasting.

Tengok sapa yang dah teracun…

Kesumua hasil diambil dan dilepaskan kedalam perigi kebun. Untuk elak jentik-jentik katanya, hm… entahlah.

Hasil Minggu Ketiga

Minggu 4
            Pejam celik, dah sebulan ezy kat Endau. Kali ni, ezy mencuba port sekitar rumah jep. Balingan pertama ke tempat beranting, katak berkipas terus disambar. Dan haruan tu adalah satu-satunya hasil pada petang tu.
Kali ni Angah pulak yang menjadi model

Minggu 5
            Minggu kelima ezy dibawa ke kolam kelapa sawit yang ezy gelarkan Kolam Kemuncup. Kolam yang terletak ditengah-tengah ladang sawit nih sekali tengok cam tak selera nak cast sebab penuh dengan lumut hijau halus dan airnya berbuih. Tapi ternyata telahan tu salah bila letupan demi letupan berlaku keatas katak berkipas. Tapi mangsa kat sini bijak meloloskan diri dengan membelit bawah lumut tebal. Yang tak tahan bila nak cabut semua kemuncup yang penuh melekat kat seluar.
Haruan Kolam Kemuncup. Perhatikan kemuncup yang mencacak dibelakang



Fakta Bits

PNK Rompin

Ok, ni nak kongsi serba sikit maklumat mengenai tempat LI ezy. Persatuan Nelayan Kawasan Rompin, telah ditubuhkan di dalam tahun 1978 dan didaftarkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kawasan operasi Persatuan Nelayan Kawasan Rompin, meliputi keseluruhan perkampungan nelayan di persisiran pantai Rompin, termasuk Pulau Tioman. 


ézy:
Al-Fatihah untuk ayah Mamat yang telah kembali ke Rahmatullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...