Sunday 12 August 2012

Pemburuan "Emas"


Tatkala kita asyik dan ghairah menanti pingat emas pertama negara, tapi jangan sampai lupa bahawa kita pun ada misi peribadi untuk memburu "EMAS" kita sendiri.
"EMAS" yang tak terkira nilainya..

okeh, ezy nak kongsi tips camne usaha-usaha nak mendapat "EMAS" kita sendiri


  • matriks jangkaannya pada malam-malam yang ganjil 21, 23, 25, 27 & 29 
          tapi lebih baik ambik peluang untuk "training" sokmo tanpa skip satupun
  • Semat dalam hati yang "EMAS" tu pasti dalam genggaman. Pemenang pingat emas adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam "training"nya
  • Saat yang lain sibuk bergembira dengan benda lain, sibukkan diri kita dengan "training" yang dah dibuat
  • Pelbagaikan jenis "training" kita, amek peluang cuba "training" yang selama ni tak pernah buat
Mesti dah boleh agak, kan?
"EMAS" yang dimaksudkan ialah malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan
cuba tukar 1000 bulan kepada tahun, lamakan? Maha Pemurah, Maha Penyayang...Tuhan yang Esa
dan "training" yang dimaksudkan ialah amalan-amalan  sunat seperti solat taubat, solat tahajjud dan solat hajat 

ni ad beberapa tips tambahan...

  • Banyakkan doa-doa yang baik
  • Doa mudah bangun pada waktu yang dikehendaki dari Ustaz Harun Din:

Dan tidak dapat dilihat dan diliputi oleh pandangan mata, sedang Dia dapat  melihat  (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan) lagi Maha Mendalam pengetahuanNya
Surah Al-An'am Ayat 103
semoga kita semua tak terlalu terbawa-bawa dengan kegagalan membawa pulang emas Olimpik
tapi harus kecewa jika terlepas peluang untuk membawa "EMAS" yang tak ternilai ni
mudah-mudahan semua dapat ambil peluang, kurangkan on9 dan banyakkan "training"-pesanan coach ezy hehe..

ezy:
"welcome 4th follower"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...