Wednesday 25 July 2012

nOTsOOkELANTAN~ kekoh cha


salam Ramadhan...

Pernah dengar tak nama kuih ni?
Walaupun macam agak pelik, tapi ni la panggilan untuk kuih ni- Kekoh Cha

Bakpe kekoh cha? Mungkin bila di-kekoh (gigit), maka "Cha" terkeluar inti dalamannya.
Inti die pulop terdiri dari "nisse" ataupun gula melaka

Bahan utama kekoh cha ni dari tepung beras pulut, pastu kalu di kampung warna hijau ni diambil dari kisaran daun pandan. Selain bagi warna, pewarna semulajadi dari pandan ni gak boleh bagi aroma yang manis kat kuih ni. Lepas gentel-gentel bentuk bulat, nisse/gula melaka dimasukkan kat tengah2 kuih. Kalu terlebih nisse  takut kejadian meletop terjadi bile direbus. Pas ditos dari rebusan, kuih ni boleh disalut ngan kelapa parut supaya x bercantum sesama sendiri.

Pastu, ape lagi...ngap masuk mulut ah...eh2 belum masuk waktu la..
kuih ni ade orang panggil buah melaka, onde-onde, nonde & ade hok panggil sebagai buoh mulong
ape pon name die, yang penting kuih ni memang sedap lah lagi2 bulan pose gini...

ezy:
"lapaq"

Saturday 7 July 2012

Kisah Seorang Pemuda




Tersebutlah kisah seorang pemuda bernama Kutin yang malas sekolah dan pandai mengira sampai 7 je dalam bahasa omputeh. Dipendekkan cerita, beliau berjaya mendapat kerja di salah satu lapangan terbang kat kawasan pantai timur. Suatu hari, Kutin secara tak sengaja terlanggar mat salleh yang dok berdiri tak tentu pasal kat tengah2 laluan. Takut kena marah, cepat2 Kutin mintak maaf

Kutin: Err, I sori
Mat salleh: It’s ok, I’m sorry too
Kutin: (eh, aku yang salah dia mintak maaf lagi banyak dari aku. Tak boleh jadi ni)            
Dengan kompidennya Kutin jawab…..

Kutin: I sori three
Mat salleh: Hei, what for?
Kutin: (Ah, sudoh) I sori five
Mat salleh: Wait a minute, are you sick?
Kutin yang dah gabra terus cabut & lari secepat mungkin lalu menjerit, I sori sevennnnn…..
Mat salleh: ???

~          ~          ~          ~          ~          ~          ~          ~          ~          ~          ~          ~          ~         


Haha.. kalau difikirkan secara positif, memang penting belajar sedikit sebanyak bahasa Inggeris yang dah jadi lingua franca skang ni. Sapa tau mungkin tetiba mat salleh datang & soal kita macam-macam benda. Elak jawab yes no, yes no & last skali buka langkah seribu dan…..


“I SORRY SEVEN!!!!”


## Good luck kepada sume candidate Fishery ##

ezy
heavy six-six


Tuesday 3 July 2012

Perikanan Rekriasi I



“Manceng, manceng, manceng”

“ Asyik nak manceng je kejenya”




 Kalau dulu mungkin aktiviti memancing ni dianggap sesuatu aktiviti yang membuang masa bagi yang tak memahami. Sebenarnya memancing ni tidaklah 100% membuang masa. Banyak manfaat memancing ni. Haha...., aktiviti memancing skang ni dah diwujudkan menjadi subjek di peringkat universiti. Kewujudan subjek Perikanan Rekreasi walaupun hanya sebagai subjek elektif boleh dianggap satu kejayaan untuk mengangkat & memartabatkan aktiviti Perikanan Rekreasi kat negara kita ni.

Dalam keterujaan untuk tambah ilmu ni, ezy rasa seronok tengok keghairahan sebahagian kawan-kawan dalam usaha dieorang nak membeli & melengkapkan set up masing-masing. Lokasi biasa, kedai mancen dekat dengan MRSM. Rajin dieorang dok survey harga & segala bagai. Banyak gak soalan yang dieorang tanya kat ezy ni. Terkadang soalan tu memang tak boleh nak jawab sebab ilmu pun sechoit je ade (ilmu tidak akan habis dipelajari sampai bila-bila).




Ilmu yang baik adalah ilmu yang dikongsi dengan orang lain. Tak banyak, sikitpun jadi. Senang cerita (pendapat ezy) memancing ni sesuatu yang subjektif. Tak ada sesuatu yang khusus bila nak aplikasikan teknik memancing ni. Kadang-kadang pemancing dengan kelengkapan yang simple & beginner boleh menaikkan ikan lebih berjaya dengan pemancing yang lengkap dengan kelengkapan high-end & berpengalaman (beginner’s luck). Kad-dang kad-dang je ok. Tapi memang ada cara dan teknik yang berbeza untuk spesies yang berbeza. Contoh, kalau seseorang target haruan tapi dengan jigging kat paya cetek penuh lumut. Memang tak salah, tapi lebih baik guna teknik yang lebih efektif macam casting atau bottom. Jadi cara nak mancen ni atas kita selesa & minat jugak. 



Bab nak beli set up ni banyak gak geng yang tanya. Kata-kata Ismail Feisol (salah seorang pemancing tersohor Malaysia) bila soalan camni diajukan kepada beliau, salah satunya beliau mencadangkan beli brand yang memang sudah establish kat negara kita ni. Boleh kata syarikat alatan mancen ni akan menjaga dia punya kualiti produk. Pertama sekali, kena tengok set up tu nak guna teknik apa. Casting, jigging, popping atau sekadar bottom. Aspek yang tak kurang penting, tengok berapa tebal dompet korang & berapa korang sanggup laburkan. Bab duit ni sensitip sket, lagi-lagi untuk golongan student. Banyak lagi aspek kena fikir cam panjang joran, jenis tali, poundage tali, dan macam-macam lagi yang ezy pun masih tak tahu & kena belajar.

Ni mungkin boleh membantu sebahagian kawan-kawan ezy dan untuk assaignment minggu ni gak.

Tali utama boleh dipilih samada:
   Monofilament/tangsi
ü          Braided/polyethylene/sulam
ü           Fused

Terminal: (apa yang digunakan untuk sambung mainline/tali utama kepada hook/mata kail)
ü          Leader
ü         Swivel

Peralatan dan kelengkapan:
ü          Line cutter
ü         Hook remover
ü         Split ring remover
ü         Glove
ü         Lure retriever
ü         Lip gripper
ü         Scoop net

      Perambut mungkin boleh wat camni




 

 
Cili lebih kepada memudahkan proses menukar gewang

Clip on & cast, senang cerita

Itu saje setakat ini. Harap boleh membantu kawan-kawan wat assaignment & present tajuk casting




ezy
“dalam proses upgrade set up






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...