Monday 15 April 2013

LI @ Layan Ikan


Salam Strike!

Ni ezy nak kongsi cerita kisah mancen sepanjang ezy menjalani Latihan Industri (LI) di Rompin. Sense nak bawak batang pancing ke tempat LI memang tepat bilamana kat sini memang penuh dengan port mancen.  Sepanjang LI nih, ezy menjadi ‘parasit’ di rumah sahabat di Endau selama 3 bulan. Terima kasih banyak buat beliau sekeluarga. Kalau diikutkan, kawasan Endau-Rompin memang sinonim bagi kaki pancing negara kita terutama bagi kaki trekking di Taman Negara Endau-Rompin.


Minggu 1
            Hari minggu pertama kat tempat baru, ezy dibawa ke port mancen berhampiran yang ezy gelar Paya Agas. Lepas setel makan tengahari, kitorang gerak ke port yang dimaksudkan. Matahari mencacak atas kepala pun takpe, gian punya pasal. Casting punya casting sampailah dengar azan Asar. Bercampur dengan penat, ezy berhenti seketika bagi menghormati azan. Lontaran pertama lepas tu jer, naik haruan sekor. Haruan ni menyambar hanya beberapa kaki dari tempat ezy berdiri.

Haruan yang menyambar frogie SureCatch

Nasib baik mata tak lurus
Punya asyik casting sampai tak sedar kaki digigit agas. Aik, kat paya pun ada agas ker? Rupa-rupanya, paya ni dekat dengan pantai. Sebelum balik, seekor lagi curut yang menyambar frogie putih.
Hasil kedua yang menyambar frogie putih


Kedua-dua ekor haruan tu disedekahkan kepada Mamat untuk ayahnya yang sakit memandangkan haritu hanya ezy yang mendapat hasil. Beginners luck? Hehe… mungkin jugak


Minggu 2
            Minggu kedua, ezy ditugaskan di sangkar kat Empangan Sepayang. Menurut pembacaan, tasik buatan nih ade toman. Sampai je kat sangkar, ezy terus cast Thumb Frog kat atas tompokan lumut. Sambil mencari tompokan anak toman, tiba-tiba muncul anak toman depan mata. Sambaran dari mama toman berjaya memutuskan tali utama yang halus. Hm, putus Thumb Frog aku. Usaha lepas tu hanya menjurus kepada sesi pembakaran kulit muka je bila takde ikan yang minat nak sambar gewang yang disuakan. Boring punya pasal, ezy amek keputusan untuk mencuba cheap thrill.. casting dalam sangkar! Haha, hasilnya naik sekor tilapia yang terpedaya dengan popper. Mungkin ia tertarik dengan bulu warna merah tu kot. Angan-angan tinggi nak casting patin terpaksa ezy lupakan untuk elak dihempok oleh pemilik sangkar nih.. Hehhee

Tilapia yang terjerat menjadi mangsa popper


Minggu 3
            Minggu nih ezy ke kebun. Bila tau yang sepanjang perjalanan ke kebun nih penuh lopak, ezy awal-awal lagi bersiap dengan batang pancing. Kali nih ezy ditemani oleh Emi yang juga minat mancen. Pencarian lopak berpenghuni diselamatkan oleh hentian terakhir sebelum balik. Deretan sambaran yang lucut menyebabkan ezy menukar kepada penggunaan katak berkipas terkecil yang ezy ada. Hasilnya naiklah seekor curut nih. Beberapa balingan seterusnya, seekor lagi terjerat.

Emi menjadi model dengan haruan curut

Tak tahan melihat ikan yang menyambar, Emi meminta untuk mencuba nasib jugak. Tambah teruja bila dia dapat test pengalaman mengarau menggunakan set baitcasting.

Tengok sapa yang dah teracun…

Kesumua hasil diambil dan dilepaskan kedalam perigi kebun. Untuk elak jentik-jentik katanya, hm… entahlah.

Hasil Minggu Ketiga

Minggu 4
            Pejam celik, dah sebulan ezy kat Endau. Kali ni, ezy mencuba port sekitar rumah jep. Balingan pertama ke tempat beranting, katak berkipas terus disambar. Dan haruan tu adalah satu-satunya hasil pada petang tu.
Kali ni Angah pulak yang menjadi model

Minggu 5
            Minggu kelima ezy dibawa ke kolam kelapa sawit yang ezy gelarkan Kolam Kemuncup. Kolam yang terletak ditengah-tengah ladang sawit nih sekali tengok cam tak selera nak cast sebab penuh dengan lumut hijau halus dan airnya berbuih. Tapi ternyata telahan tu salah bila letupan demi letupan berlaku keatas katak berkipas. Tapi mangsa kat sini bijak meloloskan diri dengan membelit bawah lumut tebal. Yang tak tahan bila nak cabut semua kemuncup yang penuh melekat kat seluar.
Haruan Kolam Kemuncup. Perhatikan kemuncup yang mencacak dibelakang



Fakta Bits

PNK Rompin

Ok, ni nak kongsi serba sikit maklumat mengenai tempat LI ezy. Persatuan Nelayan Kawasan Rompin, telah ditubuhkan di dalam tahun 1978 dan didaftarkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kawasan operasi Persatuan Nelayan Kawasan Rompin, meliputi keseluruhan perkampungan nelayan di persisiran pantai Rompin, termasuk Pulau Tioman. 


ézy:
Al-Fatihah untuk ayah Mamat yang telah kembali ke Rahmatullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...