Salam
Strike!
Ni
ezy nak kongsi cerita kisah mancen sepanjang ezy menjalani Latihan Industri
(LI) di Rompin. Sense nak bawak
batang pancing ke tempat LI memang tepat bilamana kat sini memang penuh dengan
port mancen. Sepanjang LI nih, ezy
menjadi ‘parasit’ di rumah sahabat di Endau selama 3 bulan. Terima kasih banyak
buat beliau sekeluarga. Kalau diikutkan, kawasan Endau-Rompin memang sinonim
bagi kaki pancing negara kita terutama bagi kaki trekking di Taman Negara Endau-Rompin.
Minggu 1
Hari minggu pertama kat tempat baru,
ezy dibawa ke port mancen berhampiran yang ezy gelar Paya Agas. Lepas setel
makan tengahari, kitorang gerak ke port yang dimaksudkan. Matahari mencacak
atas kepala pun takpe, gian punya pasal. Casting punya casting sampailah dengar
azan Asar. Bercampur dengan penat, ezy berhenti seketika bagi menghormati azan.
Lontaran pertama lepas tu jer, naik haruan sekor. Haruan ni menyambar hanya
beberapa kaki dari tempat ezy berdiri.
Haruan yang menyambar frogie SureCatch |
Nasib baik mata tak lurus |
Punya
asyik casting sampai tak sedar kaki digigit agas. Aik, kat paya pun ada agas
ker? Rupa-rupanya, paya ni dekat dengan pantai. Sebelum balik, seekor lagi
curut yang menyambar frogie putih.
Hasil kedua yang menyambar frogie putih |
Kedua-dua
ekor haruan tu disedekahkan kepada Mamat untuk ayahnya yang sakit memandangkan
haritu hanya ezy yang mendapat hasil. Beginners
luck? Hehe… mungkin jugak
Minggu 2
Minggu kedua, ezy ditugaskan di
sangkar kat Empangan Sepayang. Menurut pembacaan, tasik buatan nih ade toman.
Sampai je kat sangkar, ezy terus cast Thumb Frog kat atas tompokan lumut.
Sambil mencari tompokan anak toman, tiba-tiba muncul anak toman depan mata.
Sambaran dari mama toman berjaya memutuskan tali utama yang halus. Hm, putus
Thumb Frog aku. Usaha lepas tu hanya menjurus kepada sesi pembakaran kulit muka
je bila takde ikan yang minat nak sambar gewang yang disuakan. Boring punya
pasal, ezy amek keputusan untuk mencuba cheap
thrill.. casting dalam sangkar! Haha, hasilnya naik sekor tilapia yang
terpedaya dengan popper. Mungkin ia tertarik dengan bulu warna merah tu kot.
Angan-angan tinggi nak casting patin terpaksa ezy lupakan untuk elak dihempok
oleh pemilik sangkar nih.. Hehhee
Tilapia yang terjerat menjadi mangsa popper |
Minggu 3
Minggu nih ezy ke kebun. Bila tau
yang sepanjang perjalanan ke kebun nih penuh lopak, ezy awal-awal lagi bersiap
dengan batang pancing. Kali nih ezy ditemani oleh Emi yang juga minat mancen.
Pencarian lopak berpenghuni diselamatkan oleh hentian terakhir sebelum balik.
Deretan sambaran yang lucut menyebabkan ezy menukar kepada penggunaan katak
berkipas terkecil yang ezy ada. Hasilnya naiklah seekor curut nih. Beberapa
balingan seterusnya, seekor lagi terjerat.
Emi menjadi model dengan haruan curut |
Tak
tahan melihat ikan yang menyambar, Emi meminta untuk mencuba nasib jugak.
Tambah teruja bila dia dapat test
pengalaman mengarau menggunakan set baitcasting.
Tengok sapa yang dah teracun… |
Kesumua
hasil diambil dan dilepaskan kedalam perigi kebun. Untuk elak jentik-jentik
katanya, hm… entahlah.
Hasil Minggu Ketiga |
Minggu 4
Pejam celik, dah sebulan ezy kat
Endau. Kali ni, ezy mencuba port sekitar rumah jep. Balingan pertama ke tempat
beranting, katak berkipas terus disambar. Dan haruan tu adalah satu-satunya
hasil pada petang tu.
Kali ni Angah pulak yang menjadi model |
Minggu 5
Minggu kelima ezy dibawa ke kolam
kelapa sawit yang ezy gelarkan Kolam Kemuncup. Kolam yang terletak
ditengah-tengah ladang sawit nih sekali tengok cam tak selera nak cast sebab
penuh dengan lumut hijau halus dan airnya berbuih. Tapi ternyata telahan tu
salah bila letupan demi letupan berlaku keatas katak berkipas. Tapi mangsa kat
sini bijak meloloskan diri dengan membelit bawah lumut tebal. Yang tak tahan
bila nak cabut semua kemuncup yang penuh melekat kat seluar.
Haruan Kolam Kemuncup. Perhatikan kemuncup yang mencacak dibelakang |
Fakta Bits
PNK Rompin |
Ok, ni nak kongsi serba sikit maklumat mengenai tempat LI ezy. Persatuan Nelayan Kawasan
Rompin, telah ditubuhkan di dalam tahun 1978 dan didaftarkan di bawah Akta Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kawasan operasi Persatuan Nelayan Kawasan
Rompin, meliputi keseluruhan perkampungan nelayan di persisiran pantai Rompin,
termasuk Pulau Tioman.
ézy:
“Al-Fatihah untuk ayah Mamat yang telah kembali ke Rahmatullah”
“Al-Fatihah untuk ayah Mamat yang telah kembali ke Rahmatullah”