Peluang
bertugas di Pulau Tioman memang satu rahmat bagi ezy memandangkan tak pernah
menjejakkan kaki kat sini. Tugasan membantu melancarkan urusan Bantuan
Perumahan Nelayan di Tioman ni pun sempat ezy menyelit mancen, hehe…
Majoriti penduduk pulau ni adalah
nelayan. Faktor geografinya yang merupakan lautan menjadi penyumbang kepada
pekerjaan penduduk disini. Selain tu, ade jugak yang mengambil peluang menjadi
pemandu bot pelancong bagi pelancong yang nak bersiar-siar naik bot keliling pulau.
Antara hasil penduduk tempatan |
Eging
Malam pertama selepai selesai tugas,
ezy meninjau kawasan jeti. ezy meminjam set pancing seorang penduduk pulau
untuk menduga nasib. Menurutnya, sotong mengabang boleh dipancing disepanjang
jeti. ezy yang tak pernah memancing sotong ni pun, meninjau sekeliling jeti
untuk mencari sotong. Sotong rupanya mudah dikesan dibawah pancaran lampu. Lagi
satu, bila nampak banyak pancutan dakwat sotong kat satu-satu kawasan pun boleh
cuba baling candat kat situ. Balingan candat menggunakan set yang maha berat
bercampur dengan bail arm dan tali
yang asyik kusut memang mencabar. Sotong yang boleh dilihat dengan jelas
dibawah permukaan air ni nampak macam mudah ditipu. Tetapi sebenarnya korang
silap kalau pikir camtu. Sotong ni akan mengejar candat yang dikarau dengan
penuh minat, tetapi takkan menyambar candat yang disuakan. Mungkin dah tertulis
rezeki ezy pada malam tu apabila seekor sotong nekad menyambar candat berwarna
oren. Beginners luck sekali lagi?
Owh, mungkin barangkali.
Sotong yang berjaya ditipu dengan candat |
Hasil seorang brader yang bottom menggunakan anak ikan |
Datang Lagi
Minggu berikutnya, ezy ‘terpaksa’
datang semula kerana urusan yang tertangguh akibat masalah teknikal. Tioman
lagi bermakna peluang memancing sekali lagi…
0whsem!
Percubaan untuk eging menggunakan batang pancing sendiri gagal apabila sotong menghilang pada malam itu. Selesai tugasan, Ince’ Boss bercadang untuk memancing menggunakan bot penduduk tempatan. Disebabkan Pulau Tioman diwartakan sebagai Taman Laut, tekong membawa kami keluar dari kawasan Taman Laut sebab kawasan ni tak boleh tangkap ikan yer....
Cubaan untuk light jigging gagal apabila arus terlalu kuat dan jig pulak terlalu
ringan. Laut yang semakin kucah menyebabkan kepala makin pusing dan dah tak
daya nak sambung mancen. Tapi sebab nak elak menjadi ‘bahan’ ezy buat-buat steady sambil kepala melekat kat tiang
belakang bot. Che Wan pulak awal-awal lagi dah tumbang dan ‘menambak laut’
walaupun dah ready dengan pil tahan
mabuk. Hasil yang diperolehi merupakan kerapu, kerisi dan anjang-anjang. Takde
aksi atas bot yang dapat dirakamkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
*ceh, padahal mabuk free… alasan betul.
Hasil tangkapan yang boleh dikira merbelos dengan hanya lebih kurang 3 jam memancing |
yummie.. |
Fakta Bits
Kementerian Pertanian dan Asas Tani melalui Majlis
Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) telah melancarkan Program Bantuan
Perumahan Nelayan pada April 2012. Keutamaan diberi kepada nelayan yang tidak
mempunyai prasarana yang lengkap. Senarai pemohon akan ditapis oleh LKIM
sebelum disahkan oleh Kementerian. Ada 145 orang penerima untuk kawasan Rompin
termasuk di Pulau Tioman. Syukur, mudah-mudahan dengan bantuan camni akan
meringankan beban para nelayan.
Proses penyerahan barang bantuan |
Semakan dan serahan wang bantuan |
é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é
PULAU TIOMAN
Selamat datang ke Tioman |
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur
Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman
memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman sebenarnya
terletak dalam kawasan Rompin, pentadbiran negeri Pahang. Pulau Tioman
merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Bentuk
Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam.
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan,
Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami
isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui
Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah
balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar
ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi
pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu
sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman. Menurut bacaan dan cakap-cakap
orang tempatan, dulu pengunjung ditegah dari membawa cuka dikhuatiri akan
menyebabkan permukaan pulau bergegar.
Gunung Nenek Semukut yang sekali imbas cam bentuk tanduk |
Kampung-kampung di Pulau Tioman:
Kampung Mukut
Papan Tanda Air terjun Kampung Asah |
Air Terjun yang memang besh untuk mandi |
Kampung Tekek
Burung Tiong yang menjadi landmark Pulau Tioman di Kampung Tekek |
Taman Laut |
Juara
Air Batang
Kampung Salang
Kampung Genting
CAMNE NAK TIOMAN?
Cara yang paling popular ke Tioman ialah melalui
pengangkutan feri. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan
pelancong. Selain tu, pelancong dari Pantai Timur boleh menaiki feri melalui jeti
Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang iaitu 36 batu nautika dari Tioman. Cara lain
ialah melalui kapal terbang dan boleh landing
kat airport Tekek.
Jeti Mersing |
Airport Kampung Tekek *kredit Mirul jadi model |
Pulau Tioman ni memang best-lah untuk dijadikan sebagai
salah satu tempat untuk melancong. Last word,
hayatilah nikmat alam semulajadi yang indah kurniaan Tuhan ni baik-baik. Iyalah,
bila tempat yang banyak pelancong asing nih, anasir tak elok tu memang banyak. Syukurilah
pulau nih dengan benda-beda berfaedah dan moga-moga kita akan terpelihara dari “benda-benda
kotor” nih..
é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é é
start
dari post nih ézy akan menyelitkan sekali versi bahse Inggeris untuk mengukuhkan
balik tahap BI yang makin membimbangkan nih.. tapi tu pun ikut kerajinanlah,
hehee... ««ézy»»
TIOMAN ISLAND
Tioman Island is a small island off
the east coast of Peninsular Malaysia in the state of Pahang and Johor. Tioman Island
is some 39 km long and 12 km wide. It is located in Rompin, Pahang. Tioman Island
is a very popular island especially for divers. This island looks like a
drumstick if seen from the air.
According to the old folks, Tioman derived from a pair of
dragons. Many centuries ago, it is said that a couple of dragons leave Chini
Lake to the sea through Pahang River. On their journey, one of the dragon inadvertently
leave its Cindai Cloth (scarf) and then it turns back. Unfortunately, at that
time chicken have been crowing. Because the violation of taboo, the female
dragon change to island while the male dragon turns to be Nenek Semukut Mount. Local
said that the old days, visitors were prohibited to bring vinegar because it is
feared that it will cause the island shaking.
Villages
in Pulau Tioman:
Tekek Village
Mukut Village
Genting Village
Air Batang Village
Salang Village
HOW CAN I GO TO TIOMAN?
Through ferries. It is the popular way to Tioman Island. Mersing
is the most popular jetty among tourist. Moreover tourist from East Coast
Peninsula can take their journey from Tanjung Gemok Jetty. Other than that,
tourist can use airplane and landing at Tekek airport.
Lastly, enjoy the beauty of Tioman Island and it is hope
that the visitor from all over the world will respect the eastern culture. So,
behave.. =D
Bye... |