Thursday, 6 September 2012

Half Blood Knot rupanyer


Ikatan dalam memancing ni memang penting. Salah ikat, gewang kesayangan atau perambut mungkin putus, tak kira masa tengah fight ikan atau masa casting
Punyalah berkurun ezy guna ikatan ni, tapi baru skang rasa terlintas nak tau nama ikatan ni
First ezy dapat tau & guna ikatan ni masa beli tali mono Abulon & ade gambarajah kat belakang kotak tu
Bila try skali je, terus jadi.... sampailah sekarang masih setia ngan ikatan jenis ni
Ikatan ni boleh guna untuk ikat cili, memang senang dan selesa. Beginner pon boleh buat
Cari punya cari, baru tau yang nama ikatan ni Half Blood Knot rupanya
So, ezy nak kongsi cara-cara nak ikat HBK ni, enjoy...


Cara-cara mengikat Half Blood Knot

Haa... dah tengok tu boleh lah try

~ezy~

"tengah belajar FG knot"

Sunday, 12 August 2012

Pemburuan "Emas"


Tatkala kita asyik dan ghairah menanti pingat emas pertama negara, tapi jangan sampai lupa bahawa kita pun ada misi peribadi untuk memburu "EMAS" kita sendiri.
"EMAS" yang tak terkira nilainya..

okeh, ezy nak kongsi tips camne usaha-usaha nak mendapat "EMAS" kita sendiri


  • matriks jangkaannya pada malam-malam yang ganjil 21, 23, 25, 27 & 29 
          tapi lebih baik ambik peluang untuk "training" sokmo tanpa skip satupun
  • Semat dalam hati yang "EMAS" tu pasti dalam genggaman. Pemenang pingat emas adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam "training"nya
  • Saat yang lain sibuk bergembira dengan benda lain, sibukkan diri kita dengan "training" yang dah dibuat
  • Pelbagaikan jenis "training" kita, amek peluang cuba "training" yang selama ni tak pernah buat
Mesti dah boleh agak, kan?
"EMAS" yang dimaksudkan ialah malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan
cuba tukar 1000 bulan kepada tahun, lamakan? Maha Pemurah, Maha Penyayang...Tuhan yang Esa
dan "training" yang dimaksudkan ialah amalan-amalan  sunat seperti solat taubat, solat tahajjud dan solat hajat 

ni ad beberapa tips tambahan...

  • Banyakkan doa-doa yang baik
  • Doa mudah bangun pada waktu yang dikehendaki dari Ustaz Harun Din:

Dan tidak dapat dilihat dan diliputi oleh pandangan mata, sedang Dia dapat  melihat  (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan) lagi Maha Mendalam pengetahuanNya
Surah Al-An'am Ayat 103
semoga kita semua tak terlalu terbawa-bawa dengan kegagalan membawa pulang emas Olimpik
tapi harus kecewa jika terlepas peluang untuk membawa "EMAS" yang tak ternilai ni
mudah-mudahan semua dapat ambil peluang, kurangkan on9 dan banyakkan "training"-pesanan coach ezy hehe..

ezy:
"welcome 4th follower"



Wednesday, 25 July 2012

nOTsOOkELANTAN~ kekoh cha


salam Ramadhan...

Pernah dengar tak nama kuih ni?
Walaupun macam agak pelik, tapi ni la panggilan untuk kuih ni- Kekoh Cha

Bakpe kekoh cha? Mungkin bila di-kekoh (gigit), maka "Cha" terkeluar inti dalamannya.
Inti die pulop terdiri dari "nisse" ataupun gula melaka

Bahan utama kekoh cha ni dari tepung beras pulut, pastu kalu di kampung warna hijau ni diambil dari kisaran daun pandan. Selain bagi warna, pewarna semulajadi dari pandan ni gak boleh bagi aroma yang manis kat kuih ni. Lepas gentel-gentel bentuk bulat, nisse/gula melaka dimasukkan kat tengah2 kuih. Kalu terlebih nisse  takut kejadian meletop terjadi bile direbus. Pas ditos dari rebusan, kuih ni boleh disalut ngan kelapa parut supaya x bercantum sesama sendiri.

Pastu, ape lagi...ngap masuk mulut ah...eh2 belum masuk waktu la..
kuih ni ade orang panggil buah melaka, onde-onde, nonde & ade hok panggil sebagai buoh mulong
ape pon name die, yang penting kuih ni memang sedap lah lagi2 bulan pose gini...

ezy:
"lapaq"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...