“Gomo
Klate Gomo”
Penantian yang cukup berbaloi. Syukur kerana impian
dan harapan seluruh pasukan & peminat untuk menyaksikan Piala FA menjadi
milik Kelantan telah menjadi kenyataan pada malam ini dengan mengalahkan Sime
Darby FC 1-0.
2 kali berada di pentas
final sebelum ni, The Red Worriors tumpas kepada Selangor (4-1 melalui penalti setelah
seri 1-1) dan tewas 2-1 kepada skuad Terengganu tahun lalu. Laluan ke final
tahun ni pun tak mudah bagi TRW terutama diberi tentangan sengit oleh Kedah
pada separuh akhir (seri 3-3 tapi kelebihan gol di tempat lawan).
Line up awal The Red Worriors |
Dengan formasi 4-4-2
bagi TRW dan 4-5-1 untuk Sime Darby FC, Kelantan memulakan sepak mula. Awal
permainan masing-masing berhati-hati dengan bola banyak berlegar kat tengah
padang. First timer dari Piya pada
minit ke 7 tinggi melepasi palang gol lepas dapat lorongan dari Mat Yo. Pastu,
gerak menarik trio antara Mat Yo, Ghaddar & Indra ditunjukkan tapi sayang
bila sepakan tepat ke dakapan penjaga gol Sime Darby, Redzuan Harun. Indra dapat
second try dari sepakan percuma tapi
sekali lagi Redzuan cekap mengawal gawang.
Malang bagi Subra yang terpaksa dikeluarkan awal lepas
bertembung dengan target man Sime
Darby, Patrick Ronaldinho Wleh. Subra yang bertungkus lumus mengawal Patrick
abis darah-darah akibat kena siku Patrick. Kesian Subra… Rizal Fahmi masuk
menggantikan Subra. Peluang dari tandukan Piya dan Ghaddar pun masih tak mampu
diterjemahkan dalam bentuk gol. First half
berakhir dan para pemain tengah banyak
memainkan peranan. Piya, Mat Yo & Ghaddar nampak bersungguh turun membantu
para pemain pertahanan selain Indra yang banyak mencipta gerakan-gerakan
membantu barisan penyerang.
Chanturu
mensia-siakan peluang di penjuru kiri pada minit pertama separuh masa kedua
bermula. Akhirnya gol yang dicari-cari hadir jua pada minit ke-57 menerusi
sepakan penalti Ghaddar selepas Nwaneri dikasari. Tapi kalau tengok playback video, bola dah terkena salah
sorang pemain Sime Darby dalam kotak penalti. Nurul masuk menggantikaan
Chanturu pada m-61. Free kick ketua
pasukan Sime Darby Es Lizuan diselamatkan dengan tenang oleh Apex. Kucar-kacir
didepan pintu gol Sime Darby pada m-76 dirembat cantik oleh Mat Yo tapi ditepis
keluar oleh Redzuan. Daudsu dikeluarkan pada m-81 & Farisham Ismail
menggantikannya. Ingatkan coach takut
pisang berbuah dua kali tapi Daudsu injured rupanya..
Serangan
balas kedua-dua pasukan berterusan hingga tamat 4 minit masa tambahan. Wisel yang
ditunggu-tunggu dibunyikan oleh pengadil perlawanan dan menceriakan lebih 60
000 lautan merah yang membanjiri stadium.
Tahniah
juga kepada Sime Darby kerana muncul pasukan kelab pertama berada di pentas
final Piala FA. Hadiah Pemain Terbaik Perlawanan yang dimenangi oleh Es Lizuan mungkin
dapat mengubat sedikit kekecewaan mereka.
“Gomo
Klate Gomo”
ezy
“rasa
bangga dengan TSAM malam ni ”