Saturday, 19 May 2012

KELANTAN Juara Piala FA 2012



“Gomo Klate Gomo”

Penantian yang cukup berbaloi. Syukur kerana impian dan harapan seluruh pasukan & peminat untuk menyaksikan Piala FA menjadi milik Kelantan telah menjadi kenyataan pada malam ini dengan mengalahkan Sime Darby FC 1-0.

2 kali berada di pentas final sebelum ni, The Red Worriors tumpas kepada Selangor (4-1 melalui penalti setelah seri 1-1) dan tewas 2-1 kepada skuad Terengganu tahun lalu. Laluan ke final tahun ni pun tak mudah bagi TRW terutama diberi tentangan sengit oleh Kedah pada separuh akhir (seri 3-3 tapi kelebihan gol di tempat lawan).

Line up awal The Red Worriors


                      Dengan formasi 4-4-2 bagi TRW dan 4-5-1 untuk Sime Darby FC, Kelantan memulakan sepak mula.   Awal permainan masing-masing berhati-hati dengan bola banyak berlegar kat tengah padang. First timer dari Piya pada minit ke 7 tinggi melepasi palang gol lepas dapat lorongan dari Mat Yo. Pastu, gerak menarik trio antara Mat Yo, Ghaddar & Indra ditunjukkan tapi sayang bila sepakan tepat ke dakapan penjaga gol Sime Darby, Redzuan Harun. Indra dapat second try dari sepakan percuma tapi sekali lagi Redzuan cekap mengawal gawang.

            Malang bagi Subra yang terpaksa dikeluarkan awal lepas bertembung dengan target man Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh. Subra yang bertungkus lumus mengawal Patrick abis darah-darah akibat kena siku Patrick. Kesian Subra… Rizal Fahmi masuk menggantikan Subra. Peluang dari tandukan Piya dan Ghaddar pun masih tak mampu diterjemahkan dalam bentuk gol. First half  berakhir dan para pemain tengah banyak memainkan peranan. Piya, Mat Yo & Ghaddar nampak bersungguh turun membantu para pemain pertahanan selain Indra yang banyak mencipta gerakan-gerakan membantu barisan penyerang.

            Chanturu mensia-siakan peluang di penjuru kiri pada minit pertama separuh masa kedua bermula. Akhirnya gol yang dicari-cari hadir jua pada minit ke-57 menerusi sepakan penalti Ghaddar selepas Nwaneri dikasari. Tapi kalau tengok playback video, bola dah terkena salah sorang pemain Sime Darby dalam kotak penalti. Nurul masuk menggantikaan Chanturu pada m-61. Free kick ketua pasukan Sime Darby Es Lizuan diselamatkan dengan tenang oleh Apex. Kucar-kacir didepan pintu gol Sime Darby pada m-76 dirembat cantik oleh Mat Yo tapi ditepis keluar oleh Redzuan. Daudsu dikeluarkan pada m-81 & Farisham Ismail menggantikannya. Ingatkan coach takut pisang berbuah dua kali tapi Daudsu injured rupanya..

            Serangan balas kedua-dua pasukan berterusan hingga tamat 4 minit masa tambahan. Wisel yang ditunggu-tunggu dibunyikan oleh pengadil perlawanan dan menceriakan lebih 60 000 lautan merah yang membanjiri stadium.

            Tahniah juga kepada Sime Darby kerana muncul pasukan kelab pertama berada di pentas final Piala FA. Hadiah Pemain Terbaik Perlawanan yang dimenangi oleh Es Lizuan mungkin dapat mengubat sedikit kekecewaan mereka.

“Gomo Klate Gomo”

ezy
rasa bangga dengan TSAM malam ni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...