“Manceng,
manceng, manceng”
“
Asyik nak manceng je kejenya”
Kalau dulu mungkin aktiviti memancing ni
dianggap sesuatu aktiviti yang membuang masa bagi yang tak memahami. Sebenarnya
memancing ni tidaklah 100% membuang masa. Banyak manfaat memancing ni. Haha...., aktiviti memancing skang ni dah diwujudkan menjadi subjek di peringkat
universiti. Kewujudan subjek Perikanan Rekreasi walaupun hanya sebagai subjek
elektif boleh dianggap satu kejayaan untuk mengangkat & memartabatkan
aktiviti Perikanan Rekreasi kat negara kita ni.
Dalam keterujaan untuk tambah ilmu ni,
ezy rasa seronok tengok keghairahan sebahagian kawan-kawan dalam usaha dieorang
nak membeli & melengkapkan set up masing-masing. Lokasi biasa, kedai mancen
dekat dengan MRSM. Rajin dieorang dok survey harga & segala bagai. Banyak
gak soalan yang dieorang tanya kat ezy ni. Terkadang soalan tu memang tak boleh
nak jawab sebab ilmu pun sechoit je ade (ilmu tidak akan habis dipelajari
sampai bila-bila).
Ilmu yang baik adalah ilmu yang dikongsi dengan orang lain. Tak banyak, sikitpun jadi. Senang cerita (pendapat ezy) memancing ni sesuatu yang subjektif. Tak ada sesuatu yang khusus bila nak aplikasikan teknik memancing ni. Kadang-kadang pemancing dengan kelengkapan yang simple & beginner boleh menaikkan ikan lebih berjaya dengan pemancing yang lengkap dengan kelengkapan high-end & berpengalaman (beginner’s luck). Kad-dang kad-dang je ok. Tapi memang ada cara dan teknik yang berbeza untuk spesies yang berbeza. Contoh, kalau seseorang target haruan tapi dengan jigging kat paya cetek penuh lumut. Memang tak salah, tapi lebih baik guna teknik yang lebih efektif macam casting atau bottom. Jadi cara nak mancen ni atas kita selesa & minat jugak.
Bab nak beli set up ni banyak gak geng yang tanya. Kata-kata Ismail Feisol (salah seorang pemancing tersohor Malaysia) bila soalan camni diajukan kepada beliau, salah satunya beliau mencadangkan beli brand yang memang sudah establish kat negara kita ni. Boleh kata syarikat alatan mancen ni akan menjaga dia punya kualiti produk. Pertama sekali, kena tengok set up tu nak guna teknik apa. Casting, jigging, popping atau sekadar bottom. Aspek yang tak kurang penting, tengok berapa tebal dompet korang & berapa korang sanggup laburkan. Bab duit ni sensitip sket, lagi-lagi untuk golongan student. Banyak lagi aspek kena fikir cam panjang joran, jenis tali, poundage tali, dan macam-macam lagi yang ezy pun masih tak tahu & kena belajar.
Ni mungkin boleh membantu sebahagian
kawan-kawan ezy dan untuk assaignment minggu ni gak.
Tali utama boleh dipilih samada:
Monofilament/tangsi
ü Braided/polyethylene/sulam
ü Fused
Terminal: (apa yang digunakan untuk
sambung mainline/tali utama kepada hook/mata kail)
ü Leader
ü Swivel
Peralatan dan kelengkapan:
ü Line
cutter
ü Hook
remover
ü Split
ring remover
ü Glove
ü Lure
retriever
Cili lebih kepada memudahkan proses menukar gewang |
Clip on & cast, senang cerita |
Itu saje setakat ini. Harap boleh membantu kawan-kawan wat assaignment & present tajuk casting
ezy
“dalam
proses upgrade set up”
No comments:
Post a Comment