Wednesday, 8 May 2013

Mancen kat Tioman



Peluang bertugas di Pulau Tioman memang satu rahmat bagi ezy memandangkan tak pernah menjejakkan kaki kat sini. Tugasan membantu melancarkan urusan Bantuan Perumahan Nelayan di Tioman ni pun sempat ezy menyelit mancen, hehe…

            Majoriti penduduk pulau ni adalah nelayan. Faktor geografinya yang merupakan lautan menjadi penyumbang kepada pekerjaan penduduk disini. Selain tu, ade jugak yang mengambil peluang menjadi pemandu bot pelancong bagi pelancong yang nak bersiar-siar naik bot keliling pulau.

Antara hasil penduduk tempatan



Eging
            Malam pertama selepai selesai tugas, ezy meninjau kawasan jeti. ezy meminjam set pancing seorang penduduk pulau untuk menduga nasib. Menurutnya, sotong mengabang boleh dipancing disepanjang jeti. ezy yang tak pernah memancing sotong ni pun, meninjau sekeliling jeti untuk mencari sotong. Sotong rupanya mudah dikesan dibawah pancaran lampu. Lagi satu, bila nampak banyak pancutan dakwat sotong kat satu-satu kawasan pun boleh cuba baling candat kat situ. Balingan candat menggunakan set yang maha berat bercampur dengan bail arm dan tali yang asyik kusut memang mencabar. Sotong yang boleh dilihat dengan jelas dibawah permukaan air ni nampak macam mudah ditipu. Tetapi sebenarnya korang silap kalau pikir camtu. Sotong ni akan mengejar candat yang dikarau dengan penuh minat, tetapi takkan menyambar candat yang disuakan. Mungkin dah tertulis rezeki ezy pada malam tu apabila seekor sotong nekad menyambar candat berwarna oren. Beginners luck sekali lagi? Owh, mungkin barangkali.

Sotong yang berjaya ditipu dengan candat

Hasil seorang brader yang bottom menggunakan anak ikan



Datang Lagi

            Minggu berikutnya, ezy ‘terpaksa’ datang semula kerana urusan yang tertangguh akibat masalah teknikal. Tioman lagi bermakna peluang memancing sekali lagi…

0whsem!

Percubaan untuk eging menggunakan batang pancing sendiri gagal apabila sotong menghilang pada malam itu. Selesai tugasan, Ince’ Boss bercadang untuk memancing menggunakan bot penduduk tempatan. Disebabkan Pulau Tioman diwartakan sebagai Taman Laut, tekong membawa kami keluar dari kawasan Taman Laut sebab kawasan ni tak boleh tangkap ikan yer....

            Cubaan untuk light jigging gagal apabila arus terlalu kuat dan jig pulak terlalu ringan. Laut yang semakin kucah menyebabkan kepala makin pusing dan dah tak daya nak sambung mancen. Tapi sebab nak elak menjadi ‘bahan’ ezy buat-buat steady sambil kepala melekat kat tiang belakang bot. Che Wan pulak awal-awal lagi dah tumbang dan ‘menambak laut’ walaupun dah ready dengan pil tahan mabuk. Hasil yang diperolehi merupakan kerapu, kerisi dan anjang-anjang. Takde aksi atas bot yang dapat dirakamkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. *ceh, padahal mabuk free… alasan betul.

Hasil tangkapan yang boleh dikira merbelos dengan
hanya lebih kurang  3  jam memancing

      Hasil tangkapan dihantar ke restoran untuk makan malam yang memang yum-yum…

yummie..

       

Fakta Bits
           
            Kementerian Pertanian dan Asas Tani melalui Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) telah melancarkan Program Bantuan Perumahan Nelayan pada April 2012. Keutamaan diberi kepada nelayan yang tidak mempunyai prasarana yang lengkap. Senarai pemohon akan ditapis oleh LKIM sebelum disahkan oleh Kementerian. Ada 145 orang penerima untuk kawasan Rompin termasuk di Pulau Tioman. Syukur, mudah-mudahan dengan bantuan camni akan meringankan beban para nelayan.

Proses penyerahan barang bantuan

Semakan dan serahan wang bantuan


é   é   é  é   é   é   é   é   é    é   é   é  é   é   é   é   é   é   é   é   é  é   é   é   é   é   é   é   é   é  é   é   é  


PULAU TIOMAN

Selamat datang ke Tioman

            Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam kawasan Rompin, pentadbiran negeri Pahang. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam.

            Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman. Menurut bacaan dan cakap-cakap orang tempatan, dulu pengunjung ditegah dari membawa cuka dikhuatiri akan menyebabkan permukaan pulau bergegar.

Gunung Nenek Semukut yang sekali imbas cam bentuk tanduk


            Kampung-kampung di Pulau Tioman:

Kampung Mukut


Papan Tanda Air terjun Kampung Asah

Air Terjun yang memang besh untuk mandi


Kampung Tekek

Burung Tiong yang menjadi landmark Pulau Tioman di Kampung Tekek

Taman Laut

Juara
Air Batang
Kampung Salang
Kampung Genting

CAMNE NAK TIOMAN?

            Cara yang paling popular ke Tioman ialah melalui pengangkutan feri. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. Selain tu, pelancong dari Pantai Timur boleh menaiki feri melalui jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang iaitu 36 batu nautika dari Tioman. Cara lain ialah melalui kapal terbang dan boleh landing kat airport Tekek.

Jeti Mersing

Airport Kampung Tekek
*kredit Mirul jadi model

            Pulau Tioman ni memang best-lah untuk dijadikan sebagai salah satu tempat untuk melancong. Last word, hayatilah nikmat alam semulajadi yang indah kurniaan Tuhan ni baik-baik. Iyalah, bila tempat yang banyak pelancong asing nih, anasir tak elok tu memang banyak. Syukurilah pulau nih dengan benda-beda berfaedah dan moga-moga kita akan terpelihara dari “benda-benda kotor” nih..


é   é   é  é   é   é   é   é   é    é   é   é  é   é   é   é   é   é   é   é   é  é   é   é   é   é   é   é   é   é  é   é   é  

start dari post nih ézy akan menyelitkan sekali versi bahse Inggeris untuk mengukuhkan balik tahap BI yang makin membimbangkan nih.. tapi tu pun ikut kerajinanlah, hehee... ««ézy»»

TIOMAN ISLAND
            Tioman Island is a small island off the east coast of Peninsular Malaysia in the state of Pahang and Johor. Tioman Island is some 39 km long and 12 km wide. It is located in Rompin, Pahang. Tioman Island is a very popular island especially for divers. This island looks like a drumstick if seen from the air.
            According to the old folks, Tioman derived from a pair of dragons. Many centuries ago, it is said that a couple of dragons leave Chini Lake to the sea through Pahang River. On their journey, one of the dragon inadvertently leave its Cindai Cloth (scarf) and then it turns back. Unfortunately, at that time chicken have been crowing. Because the violation of taboo, the female dragon change to island while the male dragon turns to be Nenek Semukut Mount. Local said that the old days, visitors were prohibited to bring vinegar because it is feared that it will cause the island shaking.
Villages in Pulau Tioman:
Tekek Village




Mukut Village



Genting Village
Juara Village
Air Batang Village
Salang Village

HOW CAN I GO TO TIOMAN?

            Through ferries. It is the popular way to Tioman Island. Mersing is the most popular jetty among tourist. Moreover tourist from East Coast Peninsula can take their journey from Tanjung Gemok Jetty. Other than that, tourist can use airplane and landing at Tekek airport.



            Lastly, enjoy the beauty of Tioman Island and it is hope that the visitor from all over the world will respect the eastern culture. So, behave.. =D

Bye...

Monday, 15 April 2013

LI @ Layan Ikan


Salam Strike!

Ni ezy nak kongsi cerita kisah mancen sepanjang ezy menjalani Latihan Industri (LI) di Rompin. Sense nak bawak batang pancing ke tempat LI memang tepat bilamana kat sini memang penuh dengan port mancen.  Sepanjang LI nih, ezy menjadi ‘parasit’ di rumah sahabat di Endau selama 3 bulan. Terima kasih banyak buat beliau sekeluarga. Kalau diikutkan, kawasan Endau-Rompin memang sinonim bagi kaki pancing negara kita terutama bagi kaki trekking di Taman Negara Endau-Rompin.


Minggu 1
            Hari minggu pertama kat tempat baru, ezy dibawa ke port mancen berhampiran yang ezy gelar Paya Agas. Lepas setel makan tengahari, kitorang gerak ke port yang dimaksudkan. Matahari mencacak atas kepala pun takpe, gian punya pasal. Casting punya casting sampailah dengar azan Asar. Bercampur dengan penat, ezy berhenti seketika bagi menghormati azan. Lontaran pertama lepas tu jer, naik haruan sekor. Haruan ni menyambar hanya beberapa kaki dari tempat ezy berdiri.

Haruan yang menyambar frogie SureCatch

Nasib baik mata tak lurus
Punya asyik casting sampai tak sedar kaki digigit agas. Aik, kat paya pun ada agas ker? Rupa-rupanya, paya ni dekat dengan pantai. Sebelum balik, seekor lagi curut yang menyambar frogie putih.
Hasil kedua yang menyambar frogie putih


Kedua-dua ekor haruan tu disedekahkan kepada Mamat untuk ayahnya yang sakit memandangkan haritu hanya ezy yang mendapat hasil. Beginners luck? Hehe… mungkin jugak


Minggu 2
            Minggu kedua, ezy ditugaskan di sangkar kat Empangan Sepayang. Menurut pembacaan, tasik buatan nih ade toman. Sampai je kat sangkar, ezy terus cast Thumb Frog kat atas tompokan lumut. Sambil mencari tompokan anak toman, tiba-tiba muncul anak toman depan mata. Sambaran dari mama toman berjaya memutuskan tali utama yang halus. Hm, putus Thumb Frog aku. Usaha lepas tu hanya menjurus kepada sesi pembakaran kulit muka je bila takde ikan yang minat nak sambar gewang yang disuakan. Boring punya pasal, ezy amek keputusan untuk mencuba cheap thrill.. casting dalam sangkar! Haha, hasilnya naik sekor tilapia yang terpedaya dengan popper. Mungkin ia tertarik dengan bulu warna merah tu kot. Angan-angan tinggi nak casting patin terpaksa ezy lupakan untuk elak dihempok oleh pemilik sangkar nih.. Hehhee

Tilapia yang terjerat menjadi mangsa popper


Minggu 3
            Minggu nih ezy ke kebun. Bila tau yang sepanjang perjalanan ke kebun nih penuh lopak, ezy awal-awal lagi bersiap dengan batang pancing. Kali nih ezy ditemani oleh Emi yang juga minat mancen. Pencarian lopak berpenghuni diselamatkan oleh hentian terakhir sebelum balik. Deretan sambaran yang lucut menyebabkan ezy menukar kepada penggunaan katak berkipas terkecil yang ezy ada. Hasilnya naiklah seekor curut nih. Beberapa balingan seterusnya, seekor lagi terjerat.

Emi menjadi model dengan haruan curut

Tak tahan melihat ikan yang menyambar, Emi meminta untuk mencuba nasib jugak. Tambah teruja bila dia dapat test pengalaman mengarau menggunakan set baitcasting.

Tengok sapa yang dah teracun…

Kesumua hasil diambil dan dilepaskan kedalam perigi kebun. Untuk elak jentik-jentik katanya, hm… entahlah.

Hasil Minggu Ketiga

Minggu 4
            Pejam celik, dah sebulan ezy kat Endau. Kali ni, ezy mencuba port sekitar rumah jep. Balingan pertama ke tempat beranting, katak berkipas terus disambar. Dan haruan tu adalah satu-satunya hasil pada petang tu.
Kali ni Angah pulak yang menjadi model

Minggu 5
            Minggu kelima ezy dibawa ke kolam kelapa sawit yang ezy gelarkan Kolam Kemuncup. Kolam yang terletak ditengah-tengah ladang sawit nih sekali tengok cam tak selera nak cast sebab penuh dengan lumut hijau halus dan airnya berbuih. Tapi ternyata telahan tu salah bila letupan demi letupan berlaku keatas katak berkipas. Tapi mangsa kat sini bijak meloloskan diri dengan membelit bawah lumut tebal. Yang tak tahan bila nak cabut semua kemuncup yang penuh melekat kat seluar.
Haruan Kolam Kemuncup. Perhatikan kemuncup yang mencacak dibelakang



Fakta Bits

PNK Rompin

Ok, ni nak kongsi serba sikit maklumat mengenai tempat LI ezy. Persatuan Nelayan Kawasan Rompin, telah ditubuhkan di dalam tahun 1978 dan didaftarkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kawasan operasi Persatuan Nelayan Kawasan Rompin, meliputi keseluruhan perkampungan nelayan di persisiran pantai Rompin, termasuk Pulau Tioman. 


ézy:
Al-Fatihah untuk ayah Mamat yang telah kembali ke Rahmatullah

Thursday, 7 March 2013

Dendam Todak Terbalas


Study Week merupakan masa yang diberikan kepada para student untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi “peperangan besar” tak lain tak bukan iaitu Peperiksaan Akhir a.k.a Final Exam.

Masa lebih kurang 2 minggu digunakan sebaik mungkin. Ade yang amek peluang ni untuk balik rumah dan ade yang lebih selesa duduk kat hostel atau rumah sewa jep. Kebetulan geng yang stay kat “U” buat satu trip mancen kat Kenyir yang tak berjaya.


Panorama damai Bukit Keluang


Tak puas hati dengan keputusan tu, satu outing diatur lagi, kali ni di Bukit Keluang. Port air masin ni memang best sebab dipenuhi struktur berupa batu. Balingan popper yang dilakukan tidak bersambut. Sebaik gewang minnow yang ditukar mencecah permukaan air, terus je kena sambar dengan mangsa. Mangsa buat first sprint yang boleh tahan lajunya. Terkedek-kedek ezy nak kejar. Lepas agak berhempas pulas akhirnya tumpaslah mangsa yang disauk oleh Anep.

Todak yang ditewaskan. Dendam akhirnya terbalas

Perasaan puas bila dapat tau mangsa yang tumpas ialah spesies bergigi tajam yang sebelum ini telah “membuli” ezy iaitu todak. Puas rasanya apabila “dendam” todak telah terbalas! Bonus juga bila todak menjadi spesies terbaru yang berjaya digoda dengan teknik casting. Ape pun, terima kasih pada semua geng yang terlibat ngan aktiviti semasa study week ni.

Adios!

Promot sket, hehe..




ézy:
dah dapat 6 spesies, 4 lagi cukup 10

Sunday, 3 March 2013

Aktiviti Lapangan Perikanan Rekreasi di Pulau Bidong


Salam.

Ok, ni post report mancen pertama blog ezy. Dan mungkin banyak lagi yang akan menyusul.
Kali ni ezy nak kongi pengalaman trip yang telah dilalui oleh DOF’ers sempena Aktiviti Lapangan subjek Perikanan Rekreasi 1 yang di-handle oleh salah seorang sifoo/mahaguru ezy
Siape beliau?
Hmm, kena baca dulu baru tau!
Okeh, jom cekidaut…

Sebaik kaki mencecah pasir di Pulau Bidong, cuaca yang baik menyambut kami semua.
Masing-masing mula memasang impian untuk mancen ikan idaman. Nyata manusia hanya mampu merancang apabila malam tu angin kuat melanda Pulau Bidong. Jadi trip pertama untuk malam tu tak berapa berjaya.


Tuas yang menjadi port pancingan

Keesokan petang, tibalah saat yang ditunggu apabila tiba giliran ezy n’ da geng untuk turun memancing. Bot yang dipandu oleh tekong Kamal memecut laju dan 10 minit je dah sampai kat tuas. Menurut tekong, tuas ini dibina oleh nelayan tempatan dimana pelepah-pelepah kelapa telah ditenggelamkan dan buluh yang terjulur keluar itu selain bertindak sebagai penanda ia juga dijadikan tempat untuk menambat bot.
Bila dapat isyarat dari tekong, semua orang memulakan aksi. Ada yang menurunkan sabiki, bottom tapi bagi ezy inilah peluang terbaik untuk mencuba teknik yang dipelajari dari Mahaguru iaitu light jigging. Hasil dari sabiki dan bottom amat memberangsangkan bila selayang, selar dan selar kuning silih berganti dinaikkan. Sorang member yang mem-bottom  tiba-tiba bersuara yang dia mengantuk dan nak tidur apabila jorannya jarang-jarang diusik. Hm, cover line-lah tu, padahal mata dah nampak bintang-bintang. Hehee..

Jigging punya jigging, masih takdak hasil. Hasil ajaran Mahaguru & tontonan video, akhirnya ikan pertama dalam hidup dengan teknik light jigging dapat dinaikkan bilamana ikan kembong yang boleh tahan saiznya menyambar jig 28gram yang digunakan. Izz yang turut berjigging tidak dapat menahan isi perut dia yang bergelombang. Jigging sambil muntah sampaikan habis segala makanan tengahari dikeluarkan balik. Kuning sekejap warna air disekeliling bot kami. Tetapi semangat yang dia tunjukkan harus dipuji apabila masih berusaha untuk jigging dengan keadaan diri yang masih tidak stabil.


SERANGAN AYA

                Tak lama selepas tu, suasana jadi sedikit sepi…
Tak berapa jauh dari tempat bot parking, jelas kelihatan boiling yang dilakukan oleh sekumpulan ikan. Sayangnya, balingan jig tak mampu sampai ke radius boiling ikan. Bot kedua yang turut dihuni oleh Mahaguru mengambil langkah pantas dengan mengolok / trolling. Ternyata pengalaman dan tindakan Mahaguru tepat apabila bot kedua berpesta menaikkan ikan yang tengah mengamuk kat bawah, Ikan Aya!!!

Ajies tengah beraksi....


...dan hasilnya!
Ajies membuka tirai menggunakan skirt/sotong getah

Tekong pon takmo kalah

Amer dengan hasilnya

Triple hook-up!

Trio worrior


Sampai patal reel?!


CASTING!

Trip kedua ezy pada malamnya bersama Mahaguru terpaksa dibatalkan kerana ribut.
Keesokannya, ezy dan DOF’ers yang lain mengambil keputusan untuk mencuba nasib di jeti di sebelah selatan pulau. Hasil dari bottom boleh tahan dengan todak mendominasi tangkapan.

Senan dengan todaknya


         Melihat todak yang berjaya ditipu dengan hirisan sotong itu, ezy cuba memperdayakan todak dengan casting. Nyata usaha itu tidak mendatangkan hasil apabila naluri ingin tahu mereka terhadap Seahawk Island melebihi naluri membunuh mereka.

          Berpindah ke kawasan tepi jeti yang berbatu, gewang minnow Hinomiya yang dibaling berjaya menarik minat seekor ikan kunyit. Kemudian, ezy menukar semula kepada Seahawk Island yang sudah bertahun tidak digunakan. Balingan secara bertalu-talu ditepi batu besar akhirnya berjaya menarik perhatian seekor kerapu bintik biru yang boleh tahan saiznya. Gembira bukan kepalang rasanya. Hari itu bonus bagi ezy apabila seekor bayan dapat dinaikkan menggunakan sesudu Seahawk yang sama. Rasa percaya dan sayang mula lahir terhadap spoon tersebut.
          Semasa dalam perjalanan pulang ke jeti, spoon yang dilontar secara bermalasan tiba-tiba dikejar todak. Risau terhadap spoon yang telah berjasa tu, ezy mengarau laju. Tetapi entah apa yang ada didalam fikiran todak itu apabila ia nekad menyambar dan memutuskan spoon tersebut… hurmm, hilang gewang berjasa  T _ T
‘dendam’ rasanya dengan todak itu kerana sebelum ke Bidong, ezy telah ditewaskan oleh ikan bergigi tajam yang tidak diketahui spesiesnya semasa casting di benteng.
Tiba di jeti, kawan-kawan teruja dengan hasil yang diperolehi dan masing-masing sibuk nak bergambar.

Sher dengan kerapu (inteprem) haha

Ayahanda Malek dengan tangkapan bonus
hari itu

        Apapun semua pelajar Perikanan Rekreasi 1 merasa seronok dengan pendedahan yang dilakukan  di Pulau Bidong. Semoga segala ilmu yang dipelajari akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Sebelum balik, semua DOF’ers mengambil peluang bergambar dengan Mahaguru
Siapa beliau? Haa, nilah dia Sifoo memancing Malaysia yang ezy maksudkan…

Mahaguru Masduki with da boyz


       Untuk pengetahuan korang, Mahaguru adalah kolumnis tetap Majalah Sirip yang memperjuangkan nasib Pancingan Rekreasi di Malaysia.. Pembaca setia Sirip pasti mengetahui nama kolumnis yang low-profile nih!
ezy juga antara salah seorang peminat artikel beliau yang penuh dengan idea-idea bernas. 
Beliau merupakan seorang jigger yang boleh dikategorikan sebagai hardcore. Sedikit terkilan apabila trip ezy bersama Mahaguru terpaksa dibatalkan akibat faktor cuaca.

FAKTA BITS

Sejarah Pulau Bidong                                                 

         Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak 45 kilometer di luar pantai  Terengganu dan Merang di Laut China Selatan. Pada 8 Ogos 1978, pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Komisioner Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dengan penempatan 121 pelarian Vietnam pertama. Sejak itu sehingga 1991, pulau ini menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Bot yang melarikan diri daripada pemerintahan Komunis dari Vietnam.Menjelang Januari 1979, terdapat 18,000 pelarian Vietnam di pulau Bidong dan menjelang Jun 1979 pulau ini pernah menempatkan sehingga 40,000 pelarian Vietnam dan yang lain-lain sebagai tapak peralihan semasa Perang Vietnam. Mungkin ini faktor yang menyebabkan Pulau Bidong dikenali sebagai Mini Saigon. Selain itu, Bidong juga digemparkan dengan penemuan artifak seperti tempayan, takar dan pasu dipercayai berusia lebih 100 tahun di dasar lautnya. Sejarah yang amat bernilai ini seharusnya dipelihara dengan sebaik mungkin agar ia akan dapat dapat dihayati oleh generasi akan datang. Pelajar Universiti Malaysia Terengganu amat bertuah apabila program Survival Laut yang dilaksanakan untuk semua pelajar Tahun 1 didedahkan mengenai sejarah pulau ini selain menerapkan nilai menghargai alam sekitar.


Pulau Bidong dari pandangan  udara
Terima Kasih daun keladi kepada sumer pihak yang telah menjayakan trip ni, terutamanya kepada Mahaguru dan DOF'ers. Semoga teguran Along akan dijadikan iktibar...
H0 h0 ho...

ézy
Syukur subjek ni dapat A!
                                               






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...