Salam.
Ok, ni post report mancen pertama blog ezy.
Dan mungkin banyak lagi yang akan menyusul.
Kali ni ezy nak
kongi pengalaman trip yang telah dilalui oleh DOF’ers sempena Aktiviti Lapangan
subjek Perikanan Rekreasi 1 yang di-handle
oleh salah seorang sifoo/mahaguru ezy
Siape beliau?
Hmm, kena baca
dulu baru tau!
Okeh, jom
cekidaut…
Sebaik kaki mencecah pasir di Pulau Bidong, cuaca yang baik
menyambut kami semua.
Masing-masing
mula memasang impian untuk mancen ikan idaman. Nyata manusia hanya mampu
merancang apabila malam tu angin kuat melanda Pulau Bidong. Jadi trip pertama
untuk malam tu tak berapa berjaya.
|
Tuas yang menjadi port pancingan |
Keesokan petang, tibalah saat yang ditunggu apabila tiba giliran ezy
n’ da geng untuk turun memancing. Bot yang dipandu oleh tekong Kamal memecut
laju dan 10 minit je dah sampai kat tuas. Menurut
tekong, tuas ini dibina oleh nelayan tempatan dimana pelepah-pelepah kelapa
telah ditenggelamkan dan buluh yang terjulur keluar itu selain bertindak
sebagai penanda ia juga dijadikan tempat untuk menambat bot.
Bila
dapat isyarat dari tekong, semua orang memulakan aksi. Ada yang menurunkan
sabiki, bottom tapi bagi ezy inilah
peluang terbaik untuk mencuba teknik yang dipelajari dari Mahaguru iaitu light jigging. Hasil dari sabiki dan bottom amat memberangsangkan bila
selayang, selar dan selar kuning silih berganti dinaikkan. Sorang member yang
mem-bottom tiba-tiba bersuara yang dia mengantuk dan nak
tidur apabila jorannya jarang-jarang diusik. Hm, cover line-lah tu, padahal mata dah nampak bintang-bintang. Hehee..
Jigging
punya jigging, masih takdak hasil. Hasil ajaran Mahaguru & tontonan video, akhirnya
ikan pertama dalam hidup dengan teknik light
jigging dapat dinaikkan bilamana ikan kembong yang boleh tahan saiznya
menyambar jig 28gram yang digunakan. Izz yang turut berjigging tidak dapat
menahan isi perut dia yang bergelombang. Jigging sambil muntah sampaikan habis
segala makanan tengahari dikeluarkan balik. Kuning sekejap warna air
disekeliling bot kami. Tetapi semangat yang dia tunjukkan harus dipuji apabila
masih berusaha untuk jigging dengan keadaan diri yang masih tidak stabil.
SERANGAN AYA
Tak lama selepas tu, suasana
jadi sedikit sepi…
Tak berapa jauh
dari tempat bot parking, jelas kelihatan boiling
yang dilakukan oleh sekumpulan ikan. Sayangnya, balingan jig tak mampu
sampai ke radius boiling ikan. Bot
kedua yang turut dihuni oleh Mahaguru mengambil langkah pantas dengan mengolok /
trolling. Ternyata pengalaman dan
tindakan Mahaguru tepat apabila bot kedua berpesta menaikkan ikan yang tengah
mengamuk kat bawah, Ikan Aya!!!
|
Ajies tengah beraksi.... |
|
...dan hasilnya! Ajies membuka tirai menggunakan skirt/sotong getah |
|
Tekong pon takmo kalah |
|
Amer dengan hasilnya |
|
Triple hook-up! |
|
Trio worrior |
|
Sampai patal reel?! |
CASTING!
Trip kedua ezy
pada malamnya bersama Mahaguru terpaksa dibatalkan kerana ribut.
Keesokannya, ezy
dan DOF’ers yang lain mengambil keputusan untuk mencuba nasib di jeti di
sebelah selatan pulau. Hasil dari bottom
boleh tahan dengan todak mendominasi tangkapan.
|
Senan dengan todaknya |
Melihat todak
yang berjaya ditipu dengan hirisan sotong itu, ezy cuba memperdayakan todak
dengan casting. Nyata usaha itu tidak mendatangkan hasil apabila naluri ingin
tahu mereka terhadap Seahawk Island melebihi
naluri membunuh mereka.
Berpindah ke
kawasan tepi jeti yang berbatu, gewang minnow
Hinomiya yang dibaling berjaya menarik minat seekor ikan kunyit. Kemudian, ezy
menukar semula kepada Seahawk Island yang
sudah bertahun tidak digunakan. Balingan secara bertalu-talu ditepi batu besar
akhirnya berjaya menarik perhatian seekor kerapu bintik biru yang boleh tahan saiznya.
Gembira bukan kepalang rasanya. Hari itu bonus bagi ezy apabila seekor bayan
dapat dinaikkan menggunakan sesudu Seahawk yang sama. Rasa percaya dan sayang
mula lahir terhadap spoon tersebut.
Semasa dalam perjalanan pulang ke jeti,
spoon yang dilontar secara bermalasan
tiba-tiba dikejar todak. Risau terhadap spoon
yang telah berjasa tu, ezy mengarau laju. Tetapi entah apa yang ada didalam
fikiran todak itu apabila ia nekad menyambar dan memutuskan spoon tersebut… hurmm, hilang gewang
berjasa T _ T
‘dendam’ rasanya dengan todak itu kerana sebelum ke Bidong, ezy telah
ditewaskan oleh ikan bergigi tajam yang tidak diketahui spesiesnya semasa casting di benteng.
Tiba di jeti,
kawan-kawan teruja dengan hasil yang diperolehi dan masing-masing sibuk nak
bergambar.
|
Sher dengan kerapu (inteprem) haha |
|
Ayahanda Malek dengan tangkapan bonus hari itu |
Apapun semua
pelajar Perikanan Rekreasi 1 merasa seronok dengan pendedahan yang
dilakukan di Pulau Bidong. Semoga segala
ilmu yang dipelajari akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Sebelum balik, semua DOF’ers mengambil peluang bergambar dengan Mahaguru
Siapa beliau? Haa, nilah dia Sifoo memancing Malaysia yang ezy maksudkan…
|
Mahaguru Masduki with da boyz |
Untuk pengetahuan korang, Mahaguru adalah
kolumnis tetap Majalah Sirip yang memperjuangkan nasib Pancingan Rekreasi di
Malaysia.. Pembaca setia Sirip pasti mengetahui nama kolumnis yang low-profile nih!
ezy juga antara salah seorang peminat artikel beliau yang penuh dengan
idea-idea bernas. Beliau merupakan
seorang jigger yang boleh
dikategorikan sebagai hardcore. Sedikit terkilan apabila trip ezy bersama Mahaguru terpaksa dibatalkan akibat faktor cuaca.
FAKTA BITS
Sejarah Pulau Bidong
Pulau Bidong
ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak 45 kilometer di
luar pantai Terengganu dan Merang di Laut China Selatan. Pada 8 Ogos
1978, pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh
kerajaan Malaysia dan Komisioner Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian
(UNHCR) dengan penempatan 121 pelarian Vietnam pertama. Sejak itu sehingga
1991, pulau ini menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Bot yang melarikan
diri daripada pemerintahan Komunis dari Vietnam.Menjelang Januari 1979,
terdapat 18,000 pelarian Vietnam di pulau Bidong dan menjelang Jun 1979 pulau
ini pernah menempatkan sehingga 40,000 pelarian Vietnam dan yang lain-lain
sebagai tapak peralihan semasa Perang Vietnam. Mungkin ini faktor yang
menyebabkan Pulau Bidong dikenali sebagai Mini Saigon. Selain itu,
Bidong juga digemparkan dengan penemuan artifak seperti
tempayan, takar dan pasu dipercayai berusia lebih 100 tahun di dasar lautnya. Sejarah yang amat
bernilai ini seharusnya dipelihara dengan sebaik mungkin agar ia akan dapat
dapat dihayati oleh generasi akan datang. Pelajar Universiti Malaysia Terengganu
amat bertuah apabila program Survival Laut yang dilaksanakan untuk semua pelajar
Tahun 1 didedahkan mengenai sejarah pulau ini selain menerapkan nilai menghargai
alam sekitar.
|
Pulau Bidong dari pandangan udara |
Terima Kasih daun keladi kepada sumer pihak yang telah menjayakan trip ni, terutamanya kepada Mahaguru dan DOF'ers. Semoga teguran Along akan dijadikan iktibar...
H0 h0 ho...
ézy
“Syukur subjek ni dapat A!”