Monday, 15 April 2013

LI @ Layan Ikan


Salam Strike!

Ni ezy nak kongsi cerita kisah mancen sepanjang ezy menjalani Latihan Industri (LI) di Rompin. Sense nak bawak batang pancing ke tempat LI memang tepat bilamana kat sini memang penuh dengan port mancen.  Sepanjang LI nih, ezy menjadi ‘parasit’ di rumah sahabat di Endau selama 3 bulan. Terima kasih banyak buat beliau sekeluarga. Kalau diikutkan, kawasan Endau-Rompin memang sinonim bagi kaki pancing negara kita terutama bagi kaki trekking di Taman Negara Endau-Rompin.


Minggu 1
            Hari minggu pertama kat tempat baru, ezy dibawa ke port mancen berhampiran yang ezy gelar Paya Agas. Lepas setel makan tengahari, kitorang gerak ke port yang dimaksudkan. Matahari mencacak atas kepala pun takpe, gian punya pasal. Casting punya casting sampailah dengar azan Asar. Bercampur dengan penat, ezy berhenti seketika bagi menghormati azan. Lontaran pertama lepas tu jer, naik haruan sekor. Haruan ni menyambar hanya beberapa kaki dari tempat ezy berdiri.

Haruan yang menyambar frogie SureCatch

Nasib baik mata tak lurus
Punya asyik casting sampai tak sedar kaki digigit agas. Aik, kat paya pun ada agas ker? Rupa-rupanya, paya ni dekat dengan pantai. Sebelum balik, seekor lagi curut yang menyambar frogie putih.
Hasil kedua yang menyambar frogie putih


Kedua-dua ekor haruan tu disedekahkan kepada Mamat untuk ayahnya yang sakit memandangkan haritu hanya ezy yang mendapat hasil. Beginners luck? Hehe… mungkin jugak


Minggu 2
            Minggu kedua, ezy ditugaskan di sangkar kat Empangan Sepayang. Menurut pembacaan, tasik buatan nih ade toman. Sampai je kat sangkar, ezy terus cast Thumb Frog kat atas tompokan lumut. Sambil mencari tompokan anak toman, tiba-tiba muncul anak toman depan mata. Sambaran dari mama toman berjaya memutuskan tali utama yang halus. Hm, putus Thumb Frog aku. Usaha lepas tu hanya menjurus kepada sesi pembakaran kulit muka je bila takde ikan yang minat nak sambar gewang yang disuakan. Boring punya pasal, ezy amek keputusan untuk mencuba cheap thrill.. casting dalam sangkar! Haha, hasilnya naik sekor tilapia yang terpedaya dengan popper. Mungkin ia tertarik dengan bulu warna merah tu kot. Angan-angan tinggi nak casting patin terpaksa ezy lupakan untuk elak dihempok oleh pemilik sangkar nih.. Hehhee

Tilapia yang terjerat menjadi mangsa popper


Minggu 3
            Minggu nih ezy ke kebun. Bila tau yang sepanjang perjalanan ke kebun nih penuh lopak, ezy awal-awal lagi bersiap dengan batang pancing. Kali nih ezy ditemani oleh Emi yang juga minat mancen. Pencarian lopak berpenghuni diselamatkan oleh hentian terakhir sebelum balik. Deretan sambaran yang lucut menyebabkan ezy menukar kepada penggunaan katak berkipas terkecil yang ezy ada. Hasilnya naiklah seekor curut nih. Beberapa balingan seterusnya, seekor lagi terjerat.

Emi menjadi model dengan haruan curut

Tak tahan melihat ikan yang menyambar, Emi meminta untuk mencuba nasib jugak. Tambah teruja bila dia dapat test pengalaman mengarau menggunakan set baitcasting.

Tengok sapa yang dah teracun…

Kesumua hasil diambil dan dilepaskan kedalam perigi kebun. Untuk elak jentik-jentik katanya, hm… entahlah.

Hasil Minggu Ketiga

Minggu 4
            Pejam celik, dah sebulan ezy kat Endau. Kali ni, ezy mencuba port sekitar rumah jep. Balingan pertama ke tempat beranting, katak berkipas terus disambar. Dan haruan tu adalah satu-satunya hasil pada petang tu.
Kali ni Angah pulak yang menjadi model

Minggu 5
            Minggu kelima ezy dibawa ke kolam kelapa sawit yang ezy gelarkan Kolam Kemuncup. Kolam yang terletak ditengah-tengah ladang sawit nih sekali tengok cam tak selera nak cast sebab penuh dengan lumut hijau halus dan airnya berbuih. Tapi ternyata telahan tu salah bila letupan demi letupan berlaku keatas katak berkipas. Tapi mangsa kat sini bijak meloloskan diri dengan membelit bawah lumut tebal. Yang tak tahan bila nak cabut semua kemuncup yang penuh melekat kat seluar.
Haruan Kolam Kemuncup. Perhatikan kemuncup yang mencacak dibelakang



Fakta Bits

PNK Rompin

Ok, ni nak kongsi serba sikit maklumat mengenai tempat LI ezy. Persatuan Nelayan Kawasan Rompin, telah ditubuhkan di dalam tahun 1978 dan didaftarkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kawasan operasi Persatuan Nelayan Kawasan Rompin, meliputi keseluruhan perkampungan nelayan di persisiran pantai Rompin, termasuk Pulau Tioman. 


ézy:
“Al-Fatihah untuk ayah Mamat yang telah kembali ke Rahmatullah”

Thursday, 7 March 2013

Dendam Todak Terbalas


Study Week merupakan masa yang diberikan kepada para student untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi “peperangan besar” tak lain tak bukan iaitu Peperiksaan Akhir a.k.a Final Exam.

Masa lebih kurang 2 minggu digunakan sebaik mungkin. Ade yang amek peluang ni untuk balik rumah dan ade yang lebih selesa duduk kat hostel atau rumah sewa jep. Kebetulan geng yang stay kat “U” buat satu trip mancen kat Kenyir yang tak berjaya.


Panorama damai Bukit Keluang


Tak puas hati dengan keputusan tu, satu outing diatur lagi, kali ni di Bukit Keluang. Port air masin ni memang best sebab dipenuhi struktur berupa batu. Balingan popper yang dilakukan tidak bersambut. Sebaik gewang minnow yang ditukar mencecah permukaan air, terus je kena sambar dengan mangsa. Mangsa buat first sprint yang boleh tahan lajunya. Terkedek-kedek ezy nak kejar. Lepas agak berhempas pulas akhirnya tumpaslah mangsa yang disauk oleh Anep.

Todak yang ditewaskan. Dendam akhirnya terbalas

Perasaan puas bila dapat tau mangsa yang tumpas ialah spesies bergigi tajam yang sebelum ini telah “membuli” ezy iaitu todak. Puas rasanya apabila “dendam” todak telah terbalas! Bonus juga bila todak menjadi spesies terbaru yang berjaya digoda dengan teknik casting. Ape pun, terima kasih pada semua geng yang terlibat ngan aktiviti semasa study week ni.

Adios!

Promot sket, hehe..




ézy:
“dah dapat 6 spesies, 4 lagi cukup 10”

Sunday, 3 March 2013

Aktiviti Lapangan Perikanan Rekreasi di Pulau Bidong


Salam.

Ok, ni post report mancen pertama blog ezy. Dan mungkin banyak lagi yang akan menyusul.
Kali ni ezy nak kongi pengalaman trip yang telah dilalui oleh DOF’ers sempena Aktiviti Lapangan subjek Perikanan Rekreasi 1 yang di-handle oleh salah seorang sifoo/mahaguru ezy
Siape beliau?
Hmm, kena baca dulu baru tau!
Okeh, jom cekidaut…

Sebaik kaki mencecah pasir di Pulau Bidong, cuaca yang baik menyambut kami semua.
Masing-masing mula memasang impian untuk mancen ikan idaman. Nyata manusia hanya mampu merancang apabila malam tu angin kuat melanda Pulau Bidong. Jadi trip pertama untuk malam tu tak berapa berjaya.


Tuas yang menjadi port pancingan

Keesokan petang, tibalah saat yang ditunggu apabila tiba giliran ezy n’ da geng untuk turun memancing. Bot yang dipandu oleh tekong Kamal memecut laju dan 10 minit je dah sampai kat tuas. Menurut tekong, tuas ini dibina oleh nelayan tempatan dimana pelepah-pelepah kelapa telah ditenggelamkan dan buluh yang terjulur keluar itu selain bertindak sebagai penanda ia juga dijadikan tempat untuk menambat bot.
Bila dapat isyarat dari tekong, semua orang memulakan aksi. Ada yang menurunkan sabiki, bottom tapi bagi ezy inilah peluang terbaik untuk mencuba teknik yang dipelajari dari Mahaguru iaitu light jigging. Hasil dari sabiki dan bottom amat memberangsangkan bila selayang, selar dan selar kuning silih berganti dinaikkan. Sorang member yang mem-bottom  tiba-tiba bersuara yang dia mengantuk dan nak tidur apabila jorannya jarang-jarang diusik. Hm, cover line-lah tu, padahal mata dah nampak bintang-bintang. Hehee..

Jigging punya jigging, masih takdak hasil. Hasil ajaran Mahaguru & tontonan video, akhirnya ikan pertama dalam hidup dengan teknik light jigging dapat dinaikkan bilamana ikan kembong yang boleh tahan saiznya menyambar jig 28gram yang digunakan. Izz yang turut berjigging tidak dapat menahan isi perut dia yang bergelombang. Jigging sambil muntah sampaikan habis segala makanan tengahari dikeluarkan balik. Kuning sekejap warna air disekeliling bot kami. Tetapi semangat yang dia tunjukkan harus dipuji apabila masih berusaha untuk jigging dengan keadaan diri yang masih tidak stabil.


SERANGAN AYA

                Tak lama selepas tu, suasana jadi sedikit sepi…
Tak berapa jauh dari tempat bot parking, jelas kelihatan boiling yang dilakukan oleh sekumpulan ikan. Sayangnya, balingan jig tak mampu sampai ke radius boiling ikan. Bot kedua yang turut dihuni oleh Mahaguru mengambil langkah pantas dengan mengolok / trolling. Ternyata pengalaman dan tindakan Mahaguru tepat apabila bot kedua berpesta menaikkan ikan yang tengah mengamuk kat bawah, Ikan Aya!!!

Ajies tengah beraksi....


...dan hasilnya!
Ajies membuka tirai menggunakan skirt/sotong getah

Tekong pon takmo kalah

Amer dengan hasilnya

Triple hook-up!

Trio worrior


Sampai patal reel?!


CASTING!

Trip kedua ezy pada malamnya bersama Mahaguru terpaksa dibatalkan kerana ribut.
Keesokannya, ezy dan DOF’ers yang lain mengambil keputusan untuk mencuba nasib di jeti di sebelah selatan pulau. Hasil dari bottom boleh tahan dengan todak mendominasi tangkapan.

Senan dengan todaknya


         Melihat todak yang berjaya ditipu dengan hirisan sotong itu, ezy cuba memperdayakan todak dengan casting. Nyata usaha itu tidak mendatangkan hasil apabila naluri ingin tahu mereka terhadap Seahawk Island melebihi naluri membunuh mereka.

          Berpindah ke kawasan tepi jeti yang berbatu, gewang minnow Hinomiya yang dibaling berjaya menarik minat seekor ikan kunyit. Kemudian, ezy menukar semula kepada Seahawk Island yang sudah bertahun tidak digunakan. Balingan secara bertalu-talu ditepi batu besar akhirnya berjaya menarik perhatian seekor kerapu bintik biru yang boleh tahan saiznya. Gembira bukan kepalang rasanya. Hari itu bonus bagi ezy apabila seekor bayan dapat dinaikkan menggunakan sesudu Seahawk yang sama. Rasa percaya dan sayang mula lahir terhadap spoon tersebut.
          Semasa dalam perjalanan pulang ke jeti, spoon yang dilontar secara bermalasan tiba-tiba dikejar todak. Risau terhadap spoon yang telah berjasa tu, ezy mengarau laju. Tetapi entah apa yang ada didalam fikiran todak itu apabila ia nekad menyambar dan memutuskan spoon tersebut… hurmm, hilang gewang berjasa  T _ T
‘dendam’ rasanya dengan todak itu kerana sebelum ke Bidong, ezy telah ditewaskan oleh ikan bergigi tajam yang tidak diketahui spesiesnya semasa casting di benteng.
Tiba di jeti, kawan-kawan teruja dengan hasil yang diperolehi dan masing-masing sibuk nak bergambar.

Sher dengan kerapu (inteprem) haha

Ayahanda Malek dengan tangkapan bonus
hari itu

        Apapun semua pelajar Perikanan Rekreasi 1 merasa seronok dengan pendedahan yang dilakukan  di Pulau Bidong. Semoga segala ilmu yang dipelajari akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Sebelum balik, semua DOF’ers mengambil peluang bergambar dengan Mahaguru
Siapa beliau? Haa, nilah dia Sifoo memancing Malaysia yang ezy maksudkan…

Mahaguru Masduki with da boyz


       Untuk pengetahuan korang, Mahaguru adalah kolumnis tetap Majalah Sirip yang memperjuangkan nasib Pancingan Rekreasi di Malaysia.. Pembaca setia Sirip pasti mengetahui nama kolumnis yang low-profile nih!
ezy juga antara salah seorang peminat artikel beliau yang penuh dengan idea-idea bernas. 
Beliau merupakan seorang jigger yang boleh dikategorikan sebagai hardcore. Sedikit terkilan apabila trip ezy bersama Mahaguru terpaksa dibatalkan akibat faktor cuaca.

FAKTA BITS

Sejarah Pulau Bidong                                                 

         Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak 45 kilometer di luar pantai  Terengganu dan Merang di Laut China Selatan. Pada 8 Ogos 1978, pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Komisioner Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dengan penempatan 121 pelarian Vietnam pertama. Sejak itu sehingga 1991, pulau ini menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Bot yang melarikan diri daripada pemerintahan Komunis dari Vietnam.Menjelang Januari 1979, terdapat 18,000 pelarian Vietnam di pulau Bidong dan menjelang Jun 1979 pulau ini pernah menempatkan sehingga 40,000 pelarian Vietnam dan yang lain-lain sebagai tapak peralihan semasa Perang Vietnam. Mungkin ini faktor yang menyebabkan Pulau Bidong dikenali sebagai Mini Saigon. Selain itu, Bidong juga digemparkan dengan penemuan artifak seperti tempayan, takar dan pasu dipercayai berusia lebih 100 tahun di dasar lautnya. Sejarah yang amat bernilai ini seharusnya dipelihara dengan sebaik mungkin agar ia akan dapat dapat dihayati oleh generasi akan datang. Pelajar Universiti Malaysia Terengganu amat bertuah apabila program Survival Laut yang dilaksanakan untuk semua pelajar Tahun 1 didedahkan mengenai sejarah pulau ini selain menerapkan nilai menghargai alam sekitar.


Pulau Bidong dari pandangan  udara
Terima Kasih daun keladi kepada sumer pihak yang telah menjayakan trip ni, terutamanya kepada Mahaguru dan DOF'ers. Semoga teguran Along akan dijadikan iktibar...
H0 h0 ho...

ézy
“Syukur subjek ni dapat A!”
                                               






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...